Tuesday, 21 August 2012

Kertas,Kaca dan Pensel

Terlalu banyak yang ingin aku luahkan, tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Kini perasaan aku berkecamuk. Bengang. Kadangkala bingit. Pening.


Mungkin perkara biasa yang dialami seseorang yang baru kehilangan kekasih yang pernah disayangi dan dicintai selama bertahun tahun lamanya. Menangis sampai bengkak2 mata, flu sampai demam..sakit tekak sampai tak ada suara.... tp bg kes aq ni bukan kehilangan seorang kekasih yg pernah dicintai selama bertahun-tahun,tidak !! aq telah kehilangan seorang SAHABAT.

aishah selalu kata dan akan terus memperli, " dah agak dah, tu lah ko jgn dok mengharap sangat"


"spare that," okay...tak perlu kot
Sebagai seorang manusia, aku ada perasaan. Aku bukan seketul batu.
menjirus air garam ke luka yang bernanah.(kira dun rub it in la tu...)  'its not what you think, sha.'
Mungkin aku sekeping kertas yang telah dikoyak-koyakkan, atau diconteng pena.

Mungkin juga aku sekeping kaca yang telah retak, terjatuh dari genggaman.

Atau mungkin aku hanyalah sebatang pensel kayu yang telah dipatah dua.
Untuk yang telah menghancurkan hati ini seperti kertas yang remuk,
jika kau telah mencorakkan kertas itu menjadi lawa, apa guna dikoyakkan?
Bolehkan ia tercantum cantik seperti sediakala?
jika kau telah mencontengkan kertas itu dgn corak-corak yg indah dan lawa, kenapa mesti dipadam?

Untuk yang telah menghentakkan hati ini seperti kaca yang terhempas jatuh dari genggaman,
jika kau telah menjaga kaca itu seperti nyawa kau, kenapa mesti kau membiarkan ia terlepas  jatuh dari genggaman kau?



Untuk yang telah menyakiti hati ini seperti pensel kayu yang sengaja  dipatahkan dua, kenapa kau sanggup memperlakukan sesuatu yang berharga sebegitu rupa? sudah tidak bernilai lagi kah aku di mata mu?  hina sangatkah aku dimata mu??
Buang sahaja lah pensel itu, usahlah kau menyimpan ia lagi.. jika kau tidak memerlukan lagi jika kau memikirkan ia buruk di mata kau




Kenapa hanya kesalahn kecilku kau menyalahkan aq seperti aq membuat kesalahan yg sangat besar

Kenapa kau tegar melabelkan aku macam-macam sedangkan kau sayang dekat aku?Apa gunanya kau menanyakan hal ehwal dan perasaan ku?

jika kau kurang percaya dengan kata-kata ku
Mengapa sekarang wujudnya perasaan kurang percaya kau pada ku
Mengapa kau sering membuat aku seolah-olah aku ni tiada perasaan langsung
Dan mengapa kau sering mengatakan kau sering membuat aku menangis dan sakit hati sedangkan kau tahu kau lah pemberi semangat aku,kaulah yg sentiasa menceriakan hidupku,

No comments:

Post a Comment