Friday 20 July 2012

adakah CINTA itu menyakitkan???





Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang berkata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya sekiranya takut dengan kecewa dan luka dihati.
Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang berkata bahawa cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam bercinta ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut. Kadang kala tanpa kita sedari, kita merupakan punca kepada permasalahan tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Kata-kata cinta serta pengalaman manis bersama bagaikan tidak pernah wujud, dilupakan begitu sahaja.
Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi serba tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong. Kesunyian yang menyelubungi diri dan segala kenangan terimbas kembali semakin menambah parah terputusnya hubungan yang dibina.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang. Ingatlah, cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment