Sunday 21 July 2013

Iftar + small reunion with closedfriendzz


 ASSALAMUALAIKUM


              its just small reunion tp trse tak cukup masa bersama mereka yg giler+fun bnda ni Miss T pon xtaw dirancang atau pon tak 4sure bnda ni aimi yg ajak kami semua even xseramai mana pon tp keadaan time tu da cukup meriah dgn  hanya 6sekepala je.. Btw thank to Aimi coz ajak kami semua iftar bersama kalau tak sampai kesudah tak de lah nak jumpe korang semua... dlm kol 6++ tu Aimi & Eika pick up Miss T kat uma then kami terus gerak pi SACC (Shah Alam Convetion Center) then sesudah sampai tu kami gerak pi 
" Noodles Station " pd mulanya masing-masing macam merungut la knp nak mkn kat sini knp tak mkn kat Pizza Hut or Nandos ke, (actually aq dgn aimi je yg mrungut) hehehe, time tu da kol 7++ Miss T tengok semua meja da penuh dgn mknan tp meja kami still lg kosong dan kami masing-masing blur nak makan apa and at that time Paan pon still xsampai lg so smntara mnunggu Paan tu kami lama jugaklah dok belek-belek menu yg ada d'tgn masing-masing sesudah je Paan kat situ kami semua dok tanya kat Paan apa yg sedap kat sini sebab Paan pernah kerja kat situ suatu ketika dulu so Paan suggestkan ini.. itu dan Miss T yg sememngnya blur sampai kesudah hanya menurut je kata Paan cuma Miss T punya air je lain sikit, ermm agak sedap tp bila dah trlampau happy+excited dpt jumpa mereka semua, Miss T dah tak rse lapar malah trse kenyang giler.

            Bila azan berkumandang kami still tak makan , sebabnya Aimi pergi toilet so atas rasa hormat kami semua decided tunggu Aimi sampai baru kami buka bersama, bila da sudah makan kami mula jd "mnggila" iaitu....... snap picture utk jdkan moment togther :D Miss T dgn camera nya,, Aimi dgn camera phone dia, time tu da takde rasa kekok disitu sehingga kami trse "Restoran Nooddles Station" tu kami yg punya dok gelak giler-giler sambil bergambar, yg paling tak leh bla kami leh panggil sorang member sekolah kami iaitu Zaid utk snap picture kami sdgkan Zaid tu kerja kat situ so kiranya kami dah menggangu kerja dia tp kami pulak kisah apa dgn semua tu,huhuhhu..... Bila da pukul 8++ mcmtu Paan da kne start keje balik so sblm Paan balik kami sempat lg bergambar tp bkn dlm restoran tu tp kat dlm shopping, memang agak kelakar+ terasa kembali pada zaman sekolah dulu,, sanggup ni berhenti kat dpn satu restoran yg dlm shopping tu dan minta sorang jurujual kat situ utk snap picture kami at the end kami kne halau dgn pak guard time tu memang agak malu la tp keluar je dr shopping tu kami semua bantai gelak gila-gila, nmpk tak bertapa nakalnya kami, trse mcm kami bukan umur 20 tahun, ahahahahha....

            Then bila dah kne halau tu masing-masing dok buat-buat tak tahu, kami  berjalan keluar tanpa rasa bersalah sedikit pon, hnya Iqmal je yg minta maaf kat pak guard tu mewakili kami semua, bila dah sampai parking kami plan nak pergi lepak kat satu tmpat yg sememangnya tak dirancang lg at that time, so Aimi hantar kereta sbb kami decided nak guna kereta Aqeel je, kami sanggup ni hantar kereta kat uma Aimi, bygkan dr section 2 kami balik.balik pi section 18 hantar kereta  ,,dlm perjalanan nak hantar kereta tu one of them berkongsi maslah dgn kami, Miss T time tu trse nak marah ada nak nangs pon ada, lepas dah naik satu kereta dgn Aqeel kami sambung snap picture lg ,lepastu merayap pi section 2 balik.. dlm kereta tu kami plan nak pi lepak kat dataran Shah Alam je tp bila kami pergi perghh lagi ramai org dok lepak kat situ maybe baru lepas berbuka kot, so masing-masing xnak keadaan serabut mcmtu kami decided pi section 7 pulak .. so at the end kami lepak lah kat "Restoran Barrah" kat situ lah kami berkongsi cerita tntang apa yg berlaku kat kami spnjang 2 Tahun 1/2 kami tak berjumpa sehinggalah pukul 10++  then sblm nak pi parking kereta Eika ajak Miss T pi mini market yg ada kat situ time tu Iqmal pon ikot.. so time tulah Miss T serta Eika berkongsi dan bertanya mslh masing-masing...even time tu singkat tp org kata sayu jgk lah hati ni sbb trse kami akrab mcm dulu kala,, sampai je kat kereta Aimi mukanya muram dan Aqeel yg sntiasa blur eheheh kami terus gerak balik.

                Baru sampai trafic light one of them yg gegurlz ni dah mnangis tresak-esak sambil memeluk lengan Miss T, pd mulanya dia mnangis dan trus mnangis, kami berdua yg phm hnaya membiarkan shingga dia membuka bicara ya.. itu kami dr dulu sampai skrg xpernah memaksa utk bercerita maslah masing-masing... Aqeel dan Iqmal yg mula mnyedari keadaan itu hanya berdiam diri sebab taknak sedihkan lg dia... kami diam dan mendgr smue luahan dia, memang sukar utk kata yg org yg diperkatakan itu tak berslh sbb bila org itu dah buat kawan kami jd mcmni tak ubah seperti org gila kami semua jd benggang... Benda yg tak disangka-sangka pon trjd kat dia, im really sympathy with u dear, if Miss T dpt org tu memang 'aku ganyang dia sampai lumat'  .. "apa-apa pon kami harap kamu jgn terlalu lemah, kami kenal kamu seorang yg kuat, keep it strong if anythng happen just call kami semua " itu antara nasihat kami semua buat dia.


ini lah kami yg sudah lama tak berjumpa so jd kanak-kanak ribena jap


Iqmal & Aqeel

tmygirlfriend Eika

Paan

at Noddles Station

us

them *xcukup kolum ni*


the gojes girlfriend Aimi & Iqmal yg sntiasa interframe :)

i'll miss you boy & girlz

myclosed girlfriend

sweet couple :* hope kekal hingga akhir hayat





Friday 12 July 2013

TOGETHER


ASSALAMUALAIKUM

Here we go it's brand new day
for us to seize
no delay
life is what we make of it
step by step
from good to great
a few challenges,a few problems
no worries
I know I'll solve,I'll stick around
till the very end
with a little bit of help from my friends
it will always get better
when we're in it together
always here for each other
friends forever
through the good and the bad times
don't you worry, we'll be just fine
doesn't matter what you do
I'll be there for you

 p/s: when the situation gets you down, look for a ways to turn it around, we gonna make you smile, out of frowns it's not as far-fetched as its sound  but if you don't try you will never know 



friend a.k.a family, girlfriend,sweetheart forever

girlfriendzz,,advisor, gossiping gurlz,heartbeat,sibling forever

twin,family,enemy,sweetheart n my P.A forever,

SEDAR TAK SEDAR


ASSALAMUALAIKUM

Miss T sjejw terjah atau kata nama lain stalker blog-blog orang sekali terbaca 1 entry ni, dan entry ni sgtlah menarik minat Miss T sebab suatu ketika dulu Miss T pon pernah alami keadaan mcmni, jom reramai baca entry si kecil molek lyssa faizureen, btw sorry lyssa Miss T copy paste ni ..


Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini.Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : berkawan 3 orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.



Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan ,dan timbullah persoalan antara mereka ..

Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak  

   kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau.

Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."


dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.
 



COPYPASTE :bloglyssafaizureen


Persahabatan itu ibarat 'isi dengan kuku',,bagai 'aur dengan tebing'
kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'
sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakit'

Saturday 6 July 2013

TUNANG??? WHAT??

 
ASSALAMUALAIKUM

 
Hye guys ahahah, belum apa-apa lagi Miss T dah gelakkan, ye lah benda ni memang tak disangka-sangka actually, tunang? OH MY !! (muka terkejut) ingat lagi mse zaman sekolah, dia yg dikenali dgn nama yat hanya seorang remaja yg nakal, manja, pramatang, bijak semuanya ada dan yg pastinya kami adalh sama perangai, Miss T kenal dia dekat satu pusat tuisyen ni iaitu DELTA kat klang, ye laa dulukan parent Miss T suka sangat hantar Miss T belajr jauh-jauh, tak silap Miss T kenal dia masa tu tingkatan 4, then dari perkenalan itu kami menjadi rapat dan rapat.. semua bnda kami nak buat sama... ingat lg yat pernah cakap dkt Miss T bila ada 1 soalan Miss T Tanya kat dia, dia dengan perangainya yg gila-gila tu menjawab sambil gelak ' alaa laki ni semua sama je, aku ni dalah cepat bosan tengoklah tak lama la tu' dan setelah habis belajar dan masing-masing continue stdy Miss T jadi lost contact dgn dia, kalau contact pon gitu-gitu jelah itu pon dkt fb n at the end Miss T dgr 1 berita gembira yg dia da tuning, sriezly time tu rasa terkejut gila mungkin kalau Miss T ada depan dia time tu mesti Miss T akan gelak gila-gila sambil peluk dia, siapa sangka kawan yg rapat yg memang kita tahu semua perangai dia alih-alih da jd tunangan org, so dats mean !!! AHAHAHHA yat da matang dan Miss T?? still berperangai mcm budak-budak lagi, Alhamdulillah mungkin jodohnya cepat semoga mereka berkekalan sehingga akhir hayat, n Miss T akan pastikan hari bahagia dia nanti Miss T akan dapat hadir, amin.... Meh tengok picture kat bawah ni *copypastefromfbyat*
 
 
 
 
mysuperduper friend with tunangnya yg hensem


PRE-COM tetap NO. 1

 
ASSALAMUALAIKUM

 
 
entry kali ni Miss T tak da lah nak cakap banyak-banyak just nak luahkan perasaan yg terpendam selama ni, yg memang tak dapat dibendung lagi... bila keseorangan mcmni memang scara automatically mesti sedih sebabnya Miss T rindukan kehidupan yg dulu, ye betul, bak kata orang kita tak sepatutnya hidup dlm bayang-bayang, past is past tp bg Miss T tak semua perkara kita boleh cakap mcmtu contohnya situasi Miss T sekarang, Miss T rindukan zaman pra diploma atau kata nama lainnya pre-com, korang mesti pikir, " laa.. benda da lama berlaku buat apa nak ingatkan, 6 bulan je kot bukannya lama pon so tak banyak berlaku, tak banyak kenangan" haa itu sama sekali salah !! korang mungkin pikir benda tu remeh tapi bg Miss T, slme 6 bulan tu macam-macam berlaku, spnjang masa 6bulan tu lah kami semua boleh jd sahabat, adik-beradik, teman gaduh, teman gila bersama  . . .  dan slme 6 bulan tu jugaklah kami berkongsi segala-galanya bersama baik suka dan duka. untuk pengetahuan korang semua budak-budak yang masuk pra diploma ini bukanlah budak-budak yg hanya dapat 1a saja,, kebanyakkan budak-budak ni semuanya pandai2... cuma mereka dr keluarga yg kurang berada TAPI kaya dengan budi bahasanya,, tu pd masa batch Miss T la tp sekarang Miss T tgok org kaya pon boleh diterima masuk dlm pra diploma, cehh dala kaya lepastu dapat elaun lagi perhhh mewah hidup ko dik. Ok berbalik pada cerita Miss T, slme 6 bulan tulah
Miss T belajar banyak benda, tp sekarang bila da naik diploma semua yg Miss T rasa dulu jauh berbeza, ada yg kawan makan kawan, ada tu pulak hanya kawan time susah je atau dlm omputihnya Miss T suka ckp "friend with benefit" sometimes Miss T pikir kenapa kena mcmtu haa, tp apa-apa pon ada baiknya sebab sepanjang 4 sem Miss T berada dlm level DIPLOMA ni, Miss T merasakan diri ni terlalu matang, sebab sebelum ni Miss T banyak main-main tp bila da meningkat naik, dah berjumpa dengan pelbagai orang yg mempunyai pelbagai kerenah dan pe'elnya ia menjadikan Miss T lebih berhati-hati dalam memilih kawan sebab kalau kita tak pandai memilih kawan inilah jadinya kita akan terikut-ikut perangai kawan kita tu, senang kata kita perlu bijak dan alert dengan apa yg terjadi disekeliling kita, apa-apa pon kalau ditanya kenangan apa yg best time berada kat UiTM ni adalah kenangan semasa di pra diploma..yg sukar untuk dilupakan dimana disitu la aku menjadi adkbrdk kepada insan bernama AINI,YANA,NURUL dan anak kepada EYRA (she like a mom), sahabat kepada KALAM,ACAP,FLEX, atlet, very closed dgn semua lecturer yg ajar aku, closed with all classmate n every weekend selain dari study bersama kami mesti ada aktiviti yg nak buat tak delah  mcm sekarang hanya duduk dibilik dan tak tahu nak buat apa...

Thursday 4 July 2013

NO CAPTION





ASSALAMUALAIKUM

Bila dah masuk sem 4 ni pembelajaran Miss T sangat-sangat lah berbeza, ye lah mana taknya, orang da ada tittle 'senior' so makin bertambah dan rumit lah assignmentnya antara sikap kita nak dgn taknak je. Kalau dulu time sekolah darjah 4 masih boleh main-main lagi tapi kalau dah masuk tingkatan 4 kena lah get ready untuk SPM nanti, tp bila dah masuk alam universiti ni dah tak boleh dah main-main every sem kena focus,focus dan focus sebab bagi aku setiap sem itu amatlah bermakna, kalau dulu boleh lah main-main lagi sebab subejeknya semua berkait tp sekarang Miss T tak nampak pon 1subject yg Miss T belajar ni ada kaitan dengan subject sem lepas, ehehhehe,, so sebagai student mesti semua merasa apa yang Miss T sedang rasa sekarang ni iaitu STRESS !! bila dah start buat assignment, masing-masing akan start merungut sebab ada mslh dalam group lah, masalah dengan org itu org ini lah tak pon stress sebab bnda lain yang berkaitan dgn assignment... tp bagi Miss T sendiri masalahnya still sama cuma kerisauan Miss T memang tak boleh Miss T bendung, banyak sebenarnya masalah yg Miss T hadapi tp alhamdulillah ALLAH masih menyanyangi hamba-NYA ini dgn memberi Miss T kekuatan untuk teruskan kehidupan seperti orang lain diluar sana :D ececeh.. Miss T dah start guna ayat sedih ye, ekeke gurau jelah korang yg diluar sana yg hidup sebagai student tu banyak-banyakkan lah bersabar ye, jangan mudah putus asa jangan sesekali ada perasaan malas dalam diri sebab kita sedia maklum sifat M ni memang pembunuh !! so kalau rasa-rasa ada rasa malas tu cepat-cepatlah istighfar banyak-banyak pesan kat hati,akal,fikiran agar kita sentiasa rajin, jangan tinggal solat sebab itu tiang agama kita,ingat pesan parent kita mai belajak jauh-jauh bukan untuk enjoy semata-mata, Miss T trse dah mcm mak korang dah dok bagi nasihat apa-apa pon yg baik ikutlah yg buruk segeralah tinggalkan ye :) 



actually gambar ni takde kaitan dgn entry kalini