Sunday 24 February 2013

SAHABAT dunia akhirat

ASSALAMUALAIKUM

Hye semua, meh dengar Miss T berceloteh tentang SAHABAT,, ok 1st of all korang ada sahabat?? err atau sedang mencari sahabat?? ok meh Miss T cerita tentang sifat sebenar yg harus anda semua pilih untuk dijadikan sahabat dunia akhirat.

Sifat Sahabat yang Mulia

(1) Memiliki akhlak & budi pekerti
 * Seorang yg disenangi, mempunyai akal yg baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah ALLAH. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri& masyarakat. Berbicara dgn penuh kelembutan dan kesopanan dan bukannya mngumpat.

(2) Menutup keburukan & kekurangan sahabat
* Baik semasa sahabat ada ataupon sudah tiada lagi. Tidak menceritakan keaiban org lain kpd shbtnya dan jika dia melihat sesuatu yg tidak baik tntg diri kita, dia akn mnjaga aib tersebut bukan mempersendakan mahupon mngutuk secara dpn-dpn ataupon scra tidak diketahui.

(3) Memperbesarkan kebaikan yg dilihat atau dilakukan oleh sahabatnya
* Sering menanyakan tentang kesusahan yg kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita bersedih dan pelindung jika kita memerlukan serta sanggup berkorban masa, harta dan tenaga utk memenuhi hajat sahabatnya itu.

(4) Menyebut kebaikan
* Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan mneyebutnya kebaikan itu, tidak pula dia berkecil hati jika kita mampu membantunya.

(5) Mudah mengalah
* Jika berlaku salah faham nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Sanggup mengorbankan perasaan demi menjaga hati sahabatnya.

(6) Mendorong kita mencapai kejayaan
*Sahabat yg baik akan mendorong kita mencapai kejyaan didunia mahupon diakhirat. Saling nasihat menasihati berkenaan hal diduni dan akhirat. Bersedia untuk mnerima nasihat dan sering menasihati antara satu sama lain.


No comments:

Post a Comment