Monday 29 April 2013

Disebalik Sifat Seorang AYAH




APA YANG ANDA TAHU TENTANG SEORANG AYAH???

Mungkin ibu lebih kerap telephone untuk bertanyakan khabar berita tentang kehidupan& keadaan kita setiap hari...tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang sentiasa mengingatkan ibu untuk menelefon kita setiap hari. Semasa kecil ibu lah yang sering mendukung kita... tapi tahukah kita, bahawa sebaik sahaja ayah pulang dari kerja dengan wajahnya yang letih. . Ayahlah selalu menanyakan kepada ibu apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak " sudah diberitahu!! jangan minum ais!!! ". Tapi tahukah kita bahawa ayah sebenarnya risau akan keadaan kita. ? ? . Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam, ayah dengan tegasnya berkata "tidak boleh".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita, kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, Ayah pun melonggarkan peraturannya, tapi sayang seribu kali sayang kita telah melanggar kepercayaannya... tapi ayah tetap setia menunggu kita diruang tamu dengan perasaannya yg tersangatlah risau akan anaknya. Setelah kita dewasa, Ayah telah menghantar kita ke sebuah kolej atau universiti untuk kita menuntut ilmu... Di saat kita memerlukan ini-itu untuk keperluan kuliah kita, Ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak . beliau memenuhi segala keinginan kita .Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita.. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai satu ketika jodoh kita telah datang  dan meminta izin untuk mengambil kita dari Ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. dan akhirnya... Saat Ayah melihat kita duduk diatas pelamin bersama oasangan kita.. ayah pun tersenyum bahagia..

Tanpa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi tersenyum bahagia..

Tanpa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis  ??

Ayah menangis kerana ayah sangat  bahagia dan dia pun berdoa " YA ALLAH tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya.. "

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk dengan rambutnya yg sudah memutih dan badannya yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita..










 


No comments:

Post a Comment