Wednesday 1 August 2012

continue 2

p/s : sambungan dari cerita 'DIA JODOHKU'



Kepulangan yang dinanti
7 jam di dalam bas, membuatkan aku tidak selesa, seluruh tubuku sakit, kalau mengikut pengiraan,lagi tiga hari aku akan melahirkan. “ yang, ok tak ni?” suara aiman yang sedikit cemas. Aku hanya menggangguk lalu memejamkan mataku, walaupun sebenarnya aku sangat sakit di bahagian perutku. Semua urusan telah kami uruskan, duit sewa telah kami bayar double kerana jasa mak leha yang telah banyak menolong kami. Barang barang kami di kedah, sudah diupahkan untuk hantar ke johor. Teringat mak leha yang menitiskan air mata kerana kepergian kami, sanggup dia masakkan kami kuih koci kegemaran aiman sebagai bekalan. Ibu dan ayah belum ku khabarkan, ingin membuat surprise kate aiman. 3 minggu, sudah berlalu membuatkan aiman boleh menerima ibu dan ayahku serta mak dan abahnya. Keluarga aiman juga seperti keluargaku juga, hidup dalam kesederhanaan, tidak terlalu miskin, dan tidak terlalu kaya. “ yang kita dah sampai JB ni,” suara aiman tembus ketelingaku. “abang…….” Cemas suaraku sambil menunjukkan baju mengandungku yang basah. “ ya Allah sayang”, cemas aiman dengan keadaanku. Lantas aku diangkat turun dari bas, tubuhku yang kecil molek, tidak membuatkan aiman terasa berat mengangkatku. Kebetulan teksi yang ade di situ terus menghulurkan bantuan. Dengan bantuan orang di situ beg baju kami terus di masukkan ke dalam teksi. Di dalam teksi aku hanya terdiam, dengan tubuhku yang pucat, mencemaskan aiman. Nombor ibuku terus di dail aiman , bagi memberitahu keadaanku.
Tepat pukul 10 aku terus di masukkan ke dalam wad kecemasan, aiman juga sentiasa berade disisiku, mukanya yang berpeluh peluh mengalahkan aku yang ingin melahirkan. “ ok, puan, satu dua tiga, push!!!!!”, ucap doctor disebelahku. Aiman yang berade disebelah menggengam tangan ku erat. “uwek, uwek,uwek”, kedengaran suara puteraku yang baru dilahirkan, menitis airmataku kegembiraan, hilang semua sakit semasa melahirkan. Sejurus aku melahirkan, aiman sudah terbaring di lantai kerana pengsan melihat darah yang keluar banyak, lalu nurse yang berade di situ membawanya keluar.
Aku di masukkan ke dalam wad biase, sementara aiman yang sudah sedar sedang mengazankan anak kami, begitu ceria dirinya, semua yang berade di situ dipeluk aiman, lupa seketika kemarahannya pada mak dan abahnya. Aku yang dari tadi dipeluk ibuku, sungguh selesa rasanya. “mak tadi ade orang pengsan kat bilik bersalin”, soalku sambil tersenyum dan menghadap suamiku. Puteraku yang baru dilahirkan di gendong ayahku. Suasana ceria ini membuatkan hatiku berbunga, kami berdua sudah berjanji ingin melupakan peristiwa yang menimpa kami walaupun parutnya masih melekat di hati. “ tak lah mak, bukan pengsan, ngantuk dalam bas tadi kurang tidur,” jawab aiman sambil ketawa. “ emm, yelah tu, abis tu gossip kat luar tu, sibuk nurse tu cakap ade orang pengsan tengok bini bersalin, mungkin orang lain kot”, jawab mak selamba menuturkannya. “ relaks la ni baru satu nanti kalau macam abah 5 orang, tak de nye nak pengsan”, jawab abah selamba. Semua yang ade di situ ketawa mendengar.
Malam pertama bersama putera kami, membuatkan suasana ceria, mungkin dengan kehadiran si kecil ini membuatkan keadaan kami semua pulih seperti biase. Setelah berbincang dengan aiman, puteraku di beri nama Muhammad alif aiman, sempena nama aiman di kedah. “ terima kasih sebab melahirkan zuriat abang”, bisik suamiku. “ terima kasih juga sebab jadi suami kis”. Jawabku ringkas. “ kalau suruh dipilih antara emas dengan sayang, abang pilih sayang, kalau segunung permata dipaksa abang ambil, abang tetap ambil sayang, kalau abang digoda beribu wanita, abang tetap cari sayang”, jawab suamiku. “ abang nak tahu sebab ape?, sebab abang jodohku.” Jawabku dengan lembut. Sejurus aku habis berkata kata, aiman terus mengucup dahiku. Semoga percintaan kami kekal sehingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment