Wednesday 1 August 2012

continue 1

p/s : sambungan utk ceritA ' DIA JODOHKU'

Surat untuk ibu
Assalamualaikum ibu sayang,
Masa leeya tulis surat ni, akmal tak de kat rumah, dia tengah kerja malam kat kedai makan, kesian leeya tengok akmal bu, hari hari pegi kerja jalan kaki, ibu kalau jumpa dengan mak akmal, ibu cakap la, akmal baik baik kat sini, bu Insyaalah tak lama lagi segala kebenaran akan terbongkar, ibu doakanlah, ibu leeya takut la, patut ke leeya menjalankan tanggungjawab leeya sebagai isteri,layan kehendak suami, tapi macam mana bu????, leeya bingung. Eh, ibu, kak lin dengan abang zril, macam mana, mesti dia benci sangat sangat kat leeya kan sebab dah menconteng arang kat muka ibu, leeya janji akan bersihkan balik nama ibu dan ayah, tapi, bila tiba masa kebenaran muncul, leeya tak janji akan pulang ke pangkuan ibu. Ibu semalam leeya online, leeya dapat 3.5 kat matrik, mesti suratnya dah sampai rumahkan? Ibu, ibu sedih lagi ke sekarang? Leeya mintak maaf, arahan suami leeya, leya kene patuh, leeya tak boleh bagi tahu keberadaan leeya, ibu doakan je la yang terbaik untuk leeya. Hati akmal masih keras lagi bu, ibu leeya ade masukkan duit dalam akaun ibu, nasib baik dalam fail leeya lengkap, ade semuanya. Bu nanti macam mane kalau dapat sambung belajar? Ibu jangan marah tau kalau leeya tangguhkan pengajian, leeya kene kumpul duit dulu, duit dalam bank dah nak habis bu, takut nanti kalau kecemasan ke? Hehehehehe,kesian ibu, banyak sangat persoalan yang leeya tulis, tak pe ibu tak payah jawab pun, ibu hadiahkan doa je buat leeya. Ibu sebenarnya air mata leeya tak berhenti sebab terlalu rindukan ibu. I love you so much…......................
 Anakmu leeya, muahhh…..
Menanti jawapanku
Setiap hari kami menanti panggilan ustaz akhil, hampir 3 minggu kami menunggu, namun masih belum ada jawapan, aku dan aiman tidak pernah tinggal solat hajat dan tahajud, yang sudah menjadi rutin harian “ hah, berangan, teringat laki kat rumah”, sergah mia, yang sedang menyapu sampah, aku yang tengah mengira stok terleka dek kerana teringat ustaz akhil. “mestilah, sape tak sayang laki”, aku membalas usikan mia, sama sama tertawa. Walaupun kedai buku ini baru bukak, di sebabkan ianya dekat dengan sekolah, ramai pelajar selalu mengunjung untuk membeli peralatan menulis, minggu depan aku gaji, mungkin dalam RM800 sebab aku selalu kerja lebih masa, mengikut pengalaman bulan lepas bos beri aku RM750. Hampir 2 bulan aku mendirikan rumah tangga bersama aiman, pelbagai karenah dia, aku layan, pernah satu hari dia tipu aku, mengatakan perutnya sakit sangat, setelah aku sapukan minyak, dengan mukaku yang merah padam kerana malu, sebabkan pertama kali aku pegang perutnya tanpa berlapik, tiba tiba dia ketawa kerana geli, aku terus tarik muka dan keluar ke biliknya, pandai pulak memujukku lepas ape yang telah dia buat. Hampir 2 bulan ni jugak aku tak boleh simpan barangan basah, disebabkan aku tiada peti ais, ingatkan gaji kali ini aku ingin membeli peti ais, bayar 3 kali pun boleh dengan tauke kedai elektrik tu, beria ia suruh aku membeli ketika aku pergi beli seterika di kedainya, sebulan lepas. Kesian aku melihat aiman yang tidak bergosok bajunya pergi bekerja. “ kis, dah siap kira stok,”, tanya bosku, “ dah siap bos,tu saya letakkan kat kaunter”,jawabku ringkas, bosku yang agak serius, membuatkan kami kurang bercakap, tapi hatinya baik, walupun kadanh kadang susah di ajak berbincang, jadi aku dan mia, hanya buat apa yang di suruh sahaja . Teringat bosku di JB, mesti dia pun tahu ceritaku, alahai, inilah yang namanya coobaan.
Malam ni aku tidak kesunyian , aiman tidak bekerja, bosnya cuti 2 hari kerana ada urusan. Hanya laptop peneman kami berdua, walaupun kadang kadang line lembab, tapi dari sini jugalah kami tahu perkembangan dunia, aku menuju ke dapur ingin menyiapkan cekodok untuk suamiku. 15 minit berlalu, cekodok aku hidangkan bersama air milo.
“ sedapnya cekodok ni, nak hari hari boleh, lagi sedap kalau dapat cekodok besar ni”, sambil menujukkan tangannya kearah aku yang sedang duduk didepannya  di ruang tamu yang beralaskan tikar. Aku hanya tersenyum, sedangkan aku tahu niat suamiku, tapi aku masih lagi belum sedia, walaupun aku sudah menerimanya sepenuh hatiku. “ saya janji, kalau tiba masanya, nanti saya hiaskan cekodok tu cantik cantik”, sambil tertawa lalu sebiji cekodok aku masukkan ke dalam mulutku. Aiman yang mendengar terus ketawa, aku sudah lali dengan usikannya, teringat aku dia berkata dengan bunga mak leha, “ bunga bunga, malam nanti kau teman aku kat bilik ea, aku bosan lah,seperti orang gila pagi pagi ahad bercakap dengan bunga.  Aku yang mendengar lantas menjawab dari belakang “ tak bolehlah kumbang, bunga ni belum besar, nanti kalau bunga ni dah mekar, harumannya akan memangil kumbang”, aku berpuisi sambil tersenyum. Terbahak bahak aiman mendengarnya, aku pun turut tertawa, entah dari mana ayat tu terkeluar dari mulutku.
“ percaya tak, duit kerja kat kedai makan ade RM 1300,” aiman memulakan bicara. “ percaya 100 peratus”, jawabku. “ amboi, peril ke, ni betul betul lah, mane saye pernah amik gaji, saye suruh boss simpan, duit tu saya nak buat beli motor, boleh?” jawab aiman beria ia, “ boleh, saya sokong sangat, lagipun, tak lah menyusahkan  mak leha sekeluarga, saya pulak nak beli peti ais RM 500, ingat tak tauke tu kate boleh bayar 2 kali , tapi kalau bayar 2 kali jadi RM650, jadi saya nak beli cash guna duit gaji saya, so bulan depan gaji saya tinggal RM 300 tolak beli peti ais, boleh tak saya beli”, aku pun ajukan aiman pertanyaan. Sambil ketawa dia berkata “ kalau saya tak bagi pun awak akan cari alasan untuk beli kan,” aiman mengenakanku. Sememangnya aiman masak dengan perangaiku, sewaktu aku hendak beli seterika, aku juga minta izin daripadanya, walaupun guna duitku, kalau ikutkan dia, tak payah di gosok bajunya, tapi aku lebih suka penampilan yang rapi, sape yang suke pengotor.
Akhirnya, kami sudah memiliki motor dan peti ais sendiri berkat duit yang kami usahakan, walaupun penat, tapi kami puas melihat hasilnya, hari demi hari masih kami tunggu, tapi telefon daripada ustaz akhil belum kami terima. Riuh suara mak leha pula sudah tidak kedengaran, di sebabkan dia dan suaminya duduk di rumah anaknya di Pahang, kerana anaknya baru menimang cahaya mata, hanya abang jimmy yang berada di rumah mak leha. Aiman dengan gelagatnya, sampai kering air liur melayannya, aku sudah Nampak kenakalan aiman yang aku kenal dulu, walaupun kini di gelar aiman.
“jom jalan jalan naik motor baru,” sambil tersenyum aiman menayangkan motornya kepadaku, “kejap ea”, lantas aku masuk ke dalam untuk mengenakan pakaian, seluar slek hitam dengan t shirt labuh berwarna pink, dan tudung bawal hitam, aku kenakan di tubuhku, dengan secalit lipstik aku keluar menghala kearah aiman, macam biasa aiman akan termenung melihat ku lama, seperti mahu di telan. Jam menunjukkan 6.30 petang, walaupun masing masing penat bekerja, tapi aku ikutkan juga permintaan aiman. Kami  singgah di gerai cendol mamak lebih kurang 4 kilometer dari rumah. “ tak de lagi la , orang buat senaman berjalan, pukul 12  malam, nadaku seakan memerli. “ tak de jugak lah orang nak tunggu bas pukul 9 pagi”, aiman juga mengenakanku. “ awak, minggu depan puasa la, tak letih ke awak nak kerja malam?”, tanyaku kepada aiman. “ relaks la , sayakan lelaki sejati”, sambil menunjukkan lengannya. “ eleh, lelaki sejati, ape awak ingat lelaki sejati tak boleh sakit ke, jom lah dah petang.” Tidak lupa kami belikan cendol sebungkus untuk abang jimmy yang keseorangan di rumah.
Kemeriahan bulan puasa semakin terasa, balai bazar ramadhan juga sudah didirikan, lusa umat islam akan menyambut 1 ramadhan, sayu sungguh hatiku mengenang keluarga di JB, sampai sekarang aku belum mendengar suara ibu, berdosa kah aku. Sekarang sudah 2 bulan aku bersama aiman, mampukah hubungan ini bertahan, atau aku akan bergelar janda di usia muda, mindaku sering di ajukan dengan soalan. Aiman pula sepatutnya sedang mengikuti semesternya yang ketiga, kini duduk di pejabat pos, di sebabkan dia rapat dengan pensyarahnya di UITM, aiman di benarkan menangguhkan pengajiannya. “ eh tak tidur lagi ke, dah nak dekat pukul 1 malam ni, awak tunggu saya ea, nak tidur sama sama”, aiman bertutur sambil tersengih. “ em, dah mulalah tu, saya tak boleh tidur la, tu yang tengok perkembangan facebook, eh! Awak tau tak, ustaz akhil ade blog sendiri tau, ni saya jumpa, memang dia ni tukang ubat orang la, macam macam zikir dia tulis dalam blognya untuk berjenis jenis penyakit.” Luahku panjang lebar. “em, bilalah ustaz nak telefon kite kan, eh awak baru saya teringat cakap pasal ustaz, mase kite dalam perjalanan balik lepas jumpa ustaz, awak kan nak cakap kat saya tapi tak habis kan, penat saya fikir ape yang awak nak cakap.” Tanya aiman dengan penuh persoalan. “ fasal ape? Tanyaku, yang buat buat lupa. “ entah awak cakap pasal janji, mana saya tahu,” jawab aiman. “ ade ea, emm, awak mesti ingat ayat sebelumnya kan, saya sambung je, awak kene janji dengan saya yang awak tak akan bernikah dengan mana mana perempuan selagi saya mampu memberikan awak kasih sayang dan mengikut kemahuan awak, awak cakap sekarang awak dah sayang kat saya kan, emm, saya pun,” dengan muka merah padam selamba aku menuturkannya lantas kaki ku masuk ke bilik. Aiman yang terpinga pinga juga bangun dan menuju ke bilik, sedang aku menanti jawapan “ saya janji, Allah saksi kita berdua”, jawab aiman sambil ketawa. Malam tu aku susah hendak tidur, mendengar jawapan aiman yang begitu bersemangat. Bila agaknya aku akan bersedia untuk suamiku, sedangkan dia sudah penuh mengharap.
“ hari ni last sarapan, esok puasa”, sambil mencedokkan mee goreng ke pinggan aiman. “ lepas puasa kan sarapan lagi, mana ade last, esok pun kite sarapan, Cuma awal sikit, sebelum subuh,” sambil tersenyum aiman berbicara. “ ye lah cik aiman, awak je yang betul”, nada ku seakan merajuk. “ panjangkanlah muncung tu, nanti saya gigit kang,” sambil tertawa selamba aiman bertutur. “ gigit lah kalau berani”, sambil menunjukkan penumbuk kearah aiman. Dengan cepat aiman bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arahku, tangan ku terus di tekap ke dinding dengan wajahnya yang tidak bersalah memandangku. Mukaku terus berubah kerana diperlakukan sebegitu, “ ish, pegi kerja la sana,” mencuba untuk melepaskan diri. Tapi semakin erat gengaman tangan aiman “ tadi kate kalau berani gigit, ni nak buat betul betul la ni”, jawab aiman dengan tersengih. Melihat mukanya yang hanya 2 inchi di hadapan mukaku,membuat aku pejam mataku dengan rapat, jantungku seperti mahu gugur, kerana berdegup terlalu laju.
“ten,ten,ten,”, hond motor abang jimmy mengembalikan aiman di alam nyata yang ingin mencumbuiku. “ alah potong line betullah abang jimmy ni, dah la susah nak dapat, belum sempat lagi dah kene hond, ish geramnya , nak kene abang jimmy ni”, mengomel aiman kerana segala tindakannya terbantut. Aku menarik nafas lega setelah aiman melepaskanku, mulutku seperti terkunci dengan perbuatan aiman, aku juga bingung, harus aku merelakanperbuatannya atau menolak, tapi aku pasrah kerana dia suamiku, walaupun aku seperti orang ketakutan. Kakiku kaku, tidak bergerak, lantas aiman memanggilku kehadapan, dengan cepat aku terusmenuju ke hadapan. “ terlupa wallet, ambikkan atas tilam dalam bilik,” dengan cepataiman menyuruhku, abang jimmy yang sedang memanaskan enjen motor, hanya tersenyum melihat aiman yang sedang memakai kasut. Lantas ku berikan wallet aiman dan seperti biase sudah menjadi rutin harianku selepas mendengar ceramah ustaz akhil, aku akan mencium tangan suamiku sebelum dia pergi bekerja.
Bulan puasa bersama
Sudah seminggu aku berpuasa bersama aiman, dan hampir 3 minggu belum aku khabarkan beritaku pada ibu. Aimanlah yang menjadi posmen setiap kali aku ingin menghantar surat, beribu kali dia berpesan, jangan sampai aku membocorkan rahsia keberadaan kami. Kisah kami di facebook telah kecoh sehingga kini, ada sahaja yang bercerita tentang kami, lagi lagi saudara mara dan sahabat handai. Di sebabkan bulan puasa aku tidak bekerja lebih masa, tepat pukul 4 petang aku sudah pulang ke rumah dan kalau rajin aku singgah di bazar untuk membeli juadah berbuka. “kis, pergi bazar tak?” tanya mia yang juga ingin pulang ke rumah. “ hari ni tak pergi la, nak masak tom yam kat rumah,” sambil tersenyum aku tuturkan. “ untunglah pandai masak, kalau aku dah kahwin nanti, aku tak tahu nak bagi laki aku makan ape, masak telor pun kadang kadang hangus,” tertawa mia menuturkan bicaranya. Aku juga turut tersenyum. Aku juga tidak berapa pandai memasak, tetapi buku resepi yang aku beli, banyak mengajarku memasak, walaupun kadang kadang tak berapa sedap, aku tak pernah putus asa, tambahan pula, aiman sentiasa berselera dengan masakanku, walupun tak berapa sedap, bisik hati kecilku.
Selepas berbuka bersama, aiman terus bersiap sedia untuk menunaikan solat dan ingin bekerja pada jam 8 malam. Kerinduan ku terhadap ibu semakin membuak, lalu kertas ku capai dan ku tulis surat untuk ibu, 
Assalamualaikum ibuku tercinta,
Ibu, kerinduan leeya pada ibu begitu dalam rasanya, dah seminggu leeya jalankan ibadah puasa bersama akmal. Ibu, adakah takdir akan menemukan kita semula? Sampai sekarang leeya belum menerima khabar tentang kes leeya dan akmal. Hidup kami sekarang sederhana ibu, mungkin disebabkan masing masing bekerja, tapi leeya kesian sangat kat akmal bu, dia kerja tak kira hujan, rebut, petir, semua diredahnya, hari tu leeya jaga akmal, demam panas, agak teruk bu, sebabkan demamnya tak kebah kebah, leeya bawak motor pukul 2 pagi hantar akmal ke klinik 24 jam, 3 hari doctor bagi cuti, ibu  dah buat kuih raye, leeya kat sini macam nak buat kuih, tapi takut tak de orang makan, hahahahaha… bu, macam mana keadaan kat sane, semua sihat? Ibu, anak ibu ni masih dare tau, leeya tak tahu macam mane nak mulakan bu, banyak yang leeya kene belajar sendiri. Ibu nak raya ni leeya tak dapat kirim duit banyak kat ibu, emm, ayah marah lagi ke bu? Ok lah bu, sampai kat sini dulu. Apepun doa dari ibu leeya sangat harapkan.
Wassalam, anakmu leeya…….
“ kis, jom pegi beli baju raya”, ajak aiman di pagi ahad. “ beres, nak belanje kan,? Dapat bonus hari raya kan, semalam abang jimmy cakap, “ cakapku sambil ketawa. “ cepat je kalau dengar bonus”, jawab aiman. Belum sempat kami keluar satu lori samapi ke rumah kami. Dua orang lelaki turun daripada lori dan datang kepadaku. “ assalamualaikum, betul ke di sini alamat Aleeya Maisarah Binti ahmad bakri”, tanya salah seorang daripada lelaki tersebut, “ ya saya orangnya,” jawabku ringkas. “ tahniah kami ucapkan daripada syarikat kami, kerana anda telah memenangi tv plasma peraduan bersama kotex.” Jawab lelaki itu ringkas. Aku yang mendengar terus meloncat kegembiraan, lantas ku peluk aiman di sebelah tanpa perasaan malu, aiman yang dapat peluang terus mengambil kesempatan, memelukku erat. Terbantut, hasrat kami untuk membeli baju raya. Satu set tv plasma yang lekat di dinding siap di pasang di rumah sewa kami. Di sebabkan ade tv baru, kami berdua tidak kemana mana ,cuti ahad kami, masing masing menghadap tv melayan cerita Hindustan. “ minggu depan dah nak raya, kite boleh relaks relaks je” tanya aiman. “ saya dah tempah kuih kat kak anum sebelah rumah, 4 jenis saya beli, kerepek pisang dengan ubi, saya kirim mia, mak dia buat kerepek, tak payah susah, susah.” Jawabku ringkas. “ kis, nanti kalau ade budak raya kat rumah, nak bagi dut raya ke, first time ni beraya kat rumah sendiri, nak bagi budak duit raya pulak, patutnya kita ni yang masih dapat duit raya,” aiman mengeluarkan isi hatinya. “ dah besar pun nak duit raya, saya dah tukar duit RM50, seringit seringit, nanti kalau budak datang bagi je la sorang singgit, lagipun kita dapat cuti 4 hari je kan, hari lain kalau budak datang kite pun bukan ade kat umah,” jawabku sambil tersenyum. “bile mase yang awak masuk peraduan kotex, eh kotex tu bukan perempuan punye pampers ke?” sambil ketawa aiman bercakap. “ sebuk je la,” ringkas jawapanku, malu nak ku lanjutkan. Di sebabkan mengisi masa kosong di kedai, aku dan mia saje masuk pertandingan secara suka suka, tak sangka pulak menang, mungkin rezeki ku, Alhamdulillah.
Baju raya telah ku beli bersama aiman, di bazar pada waktu malam, lusa  hari raya, boss kedai makan aiman sudah bagi cuti seminggu, kerana bossnya ingin pulang ke Kelantan. Kad raya telah aku poskan ke rumah sebagai tanda maafku kepada ibu dan ayah, pertama kali aku beraya tanpa mereka, sayu sungguh hatiku,, aiman juga banyak termenung, dan seringkali dia menceritakan perihal ibunya, egonya yang tinggi sentiasa membatalkan niatnya untuk bertanya khabar ibunya.
Setelah pulang dari solat aidilfitri, kami menjamu juadah yang telah aku sediakan, ayam masak kicap dan sayur lodeh, hendak masak rendang tak tahu, di sebabkan mulutku yang peramah, jiran setaman banyak memberikan makanan hari raya kepada kami. Selepas menikmati juadah kami menonton tv di ruang tamu, orang taman masing masing merayakan hari raya pertama bersama keluarga, ramai yang pulang ke kampong, mak leha pulak belum pernah pulang, sejak menjaga anaknya yang sedang pantang. Kak anum sebelah rumah aku pula, balik ke rumah ibunya di Terengganu, aku dan aiman hanya duduk di depan tv. Lantas aku pergi ke hadapan aiman “ kis, minta maaf kat bang, sebab selama ni, kis tak melaksanakan tanggungjawab kis, kis tak hormat abang sebagai suami kis, abang selamat hari raya maaf zahir dan batin, kis sayang abang.” Sejurus aku menuturkaannya, satu ciuman di tangan aku hadiahkan kepada aiman. “ abang pun begitu, sayang, selamat hari raya maaf zahir batin”. Jawab aiman sambil mengucup dahiku. Terasa seperti di awang awangan, peluh basah yang menuruni pipiku, terasa begitu nyaman, jantungku berdegup kencang dengan ciuman aiman, yang pertama selepas kami berkahwin. Terasa kenikmatan yang begitu besar, bila bibir aiman menyentuh ke dahiku. Ya Allah mungkinkah aku sudah bersedia untuk suamiku.
Dia milikku
Hampir setiap hari  handfoneku berdering, tanda sms masuk, ayat ayat cinta akmal yang semakin lucu di dengar membuatkan aku jatuh cinta, adakah ini rasanya bercinta, adakah aku sememangnya untuk aiman, walaupun duduk satu rumah, kata kata cinta akmal sering di luahkan melalui sms. Kata kata indah yang pernah aiman ungkapkan kepadaku, sampai sekarang masih segar di ingatan, “ walaupun takdir menyatukan kita dengan cara yang paling hina di sisi masyarakat, aku ikhlas menerimamu, walaupun beribu tahun harus ku tunggu, aku akan terus setia di sisimu, kerana aku sekarang adalah suamimu, dan bukan sekadar suami, tapi aku juga sahabatmu, ikhlas dari suamimu,” sms yang diberikan aiman, sampai sekarang masih tersimpan di dalam inbox handfonku. Hari lahir aiman semakin tiba, terasa ingin membeli sesuatu untuknya. Kemeriahan bulan puasa kini semakin hilang, bila agaknya ustaz akhil akan menelefon, kami berdua semakin pasrah dengan takdir.
Kini setiap malam aku menunggu suamiku pulang dari bekerja. “ happy birthday, sambil membukakan pintu rumah untuknya. “ pergi mandi, ade hadiah special,” jawabku. Aiman yang kepenatan hanya tersenyum melihatku lantas ke bilik air untuk membersihkan diri. Bilikku ku hias dengan cantik, haruman bunga lavender, menyegarkan lagi bilikku, baju tidur yang ku beli bersama mia, ku kenekan di badanku, rasanya inilah kali pertama aku memakai baju yang singkat, hanya paras peha. Seluruh rubuhku ku sapu dengan losyen baby, rambutku, ku biar lepas, dan Insyaalah akan ku laksanakan tugasku malamini sebagai hadiah untuk suamiku, lantas menyempurnakan tugasku, terasa diriku berdosa, menahan keinginan suamiku. Lantas ku capai telefon lalu bersms dengan suamiku, “terima kasih menunggu, sekarang aku milikmu”, bunyi mesejku. Tidak sampai beberapa saat, bilikku di buka, aku yang sedang duduk di atas meja solekku, memandang susuk tubuh yang tinggi di hadapan pintu, hatiku sungguh berdebar menanti nafkah batin yang selama ini suamiku inginkan. Lantas aku bangun dari kerusi dan menjemput suamiku, “ kis bersedia untuk abang”, sambil memeluk suamiku. Dengan kegagahan aiman, dia terus menggendongku dan di letakkan di atas tilam. “ terima kasih sayang, sayang jangan risau, abang ni gentleman”, jawabnya sambil ketawa. Malam itu, mahkota ku yang paling berharga, telah aku hadiahkan kepada aiman yang selama ini menunggu saat itu.
“kis, abang nak hadiah dari kis hari hari boleh?, best la hadiah yang kis bagi.” Sambil tersenyum kambing aiman menuturkannya. Aku yang terasa sangat malu sejak dari tadi hanya tersenyum. “ cepatlah makan , jap lagi abang jimmy hond”, menukar topic perbualan. “ kenapa isteri abang ni cantik sangat, macam Barbie doll, dah la putih, bibir merah, ish mana boleh tahan macam ni, mase sekolah dulu tak lah cantik macam ni.” Selamba aiman bertutur. “ oh, nak cakap dulu hodoh ea, ok tak pe malam ni tak de hadiah, cancel”, selamba aku bercakap dalam nada gurauan. “ eh, tak lah sayang memang cantik sejak lahir lah, betul tak tipu,” sambil menggangkat tangan. “ dah la tu abang jimmy dah panggil, nanti kene tinggal.” Jawabku.
Kemesraan kami semakin ketara, seperti orang yang baru berkahwin, sangat seronok bila ade yang sayang. Hubungan suami isteri yang sebenar telah kami lalui bersama hampir sebulan. Khabar dari ustaz masih belum kami terima, namun aiman sering berpesan, kita tak boleh berputus asa, walaupun aiman bukan seorang ustaz, tapi dia tahu serba sedikit mengenai agama, aku bersyukur kerana dia dapat membimbinku dalam usianya yang masih muda, walaupun dia muda sebulan denganku.
Panggilan telefon aiman, membuatkan kami melepaskan pelukkan, kerana aiman telah menghadiahkan aku sebentuk cincin dan gelang. “cincin yang abang beri, tak semahal mahkota yang sayang berikan kata bang, gelang yang abang sarungkan, tak standing dengan kecantiakan sayang melayan abang,” lantas ku peluk suamiku dengan erat.
“ assalamualaikum”, aiman memulakan bicara dengan pemanggil telefon. Hampiir setengah jam mereka berbual, aku malas hendak mencampuri, terus menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari. “ sayang, oh sayang, sini lah cepat” nada aiman yang menjerit seperti anak kecil, “ kenape ni jerit jerit,”jawabku sambil berlari ke ruang tamu. “dah tahu siapa pelakunya,tapi abang pun belum tahu namanya, ustaz suruh kita tengok sendiri, ustaz pesan ,jangan kite pukul pula dia sudah, yang berlalu biarkan berlalu, tapi kalau abang bagi penampar sekali boleh tak? Kita kene penampar berkali kali, dia lepas macam tu je, orangnya sendiri nak berjumpa dengan kita ni,  sekarang dia dah sakit, akhirnya makan diri sendiri, padan muka dia emm………” percakapan aiman tebantut. “ emm, kenapa bang? Ish abang ni, dah tahu kire bersyukur, kita tak payah pukul dia, tapi kite dera dia,” sambil tersenyum aku menuturkannya. “ dera, lagi teruk”, jawab aiman,yang masih belum melanjutkan ucapannya. “ kis ade idea, nanti kis bagi tahu abang, sekarang abang cakap dulu, kenape tadi tak sambung cakap, abang lupe skrip?sambil ku tersenyum. “ orangnye kan tak boleh bangun, jadi tu, dia sekarang kat hospital, pastu kan tempatnya dekat hospital sultanah aminah johor bahru”, jawab aiman lembut. Aku yang mendengar terdiam seketika, mendengar JB di sebut membuatkan aku teringat kampong halaman. “tak pe lah, kite pergi buat urusan kite” jawabku ringkas. “family?” tanya aiman. “ kis pun belum bersedia nak jumpe diorang,kis takut kene halau lagi, fobia la bang, walaupun kis rindu nak peluk ibu, tiga bulan lebih dah bang, sape tak rindu ketiak mak sendiri.” Jawabku ringkas.
Kami menggambil cuti tahunan kami selama 3 hari untuk pergi ke hospital sultanah aminah, malam tu aku dan aiman berbincang ape yang harus di lakukan kepada orang yang merosakkan nama kami. Perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke JB, bermacam macam persoalan yang bermain di fikiranku, patutkah aku bertemu ibu, tapi aku takutkan ayah, tapi aku juga berkata tak akan pulang ke pangkuan mereka walaupun rahsia ini sudah terbongkar. “ sayang, bas berhenti rehat ni, jom makan, lagi 2 jam kita da nak sampai.” Aiman mengajak ku turun. Jam menunjukkan pukul 8 malam, kami sudah berada di Bandar JB, pasaraya angsana yang tersergam indah mengingatkan aku semula shoping bersama kak lin dan abang zril. Aku dan aiman mencari rumah tumpangan di JB, kerana hari telah larut malam, perjalanan yang jauh juga membuatkan aku dan aiman terasa penat. Sampai di rumah tumpangan , kami terus merebahkan diri di atas katil. Peristiwa pahit, yang semakin aku lupakan kini, terngiang ngiang dalam memoriku, “ anak tak mengenang budi, pandai pandai aku sekolahkan, perangai macam binatang”, kata kata ayah bermain difikiranku, aku sangat bersyukur akhirnya dapat membersihkan nama mereka, tapi jika aku teringat kata kata ayah, hatiku menjadi sangat tawar untuk pulang ke rumah.
“abang bangun bang, dah pukul 8 ni,” gesaku, menyuruh aiman bangun setelah menyambung tidurnya selepas subuh. “ kan nak pergi pukul 10, kejap la, penat ni, sini sayang nak peluk,” jawab aiman dengan nada orang mengantuk. “ish, abang ni, kis nak mandi la”, jawabku, sambil menuruni katil. Belum sempat menjejakkan kaki kelantai, aiman dengan cepat menarik tanganku, dan aku terus rebah di dadanya,gengaman aiman yang erat, sukar untuk aku melepaskan diri. Aku tahu yang aiman hanya berpura pura tidur, dia sengaja berbuat begitu. Lalu ku bisikkan ketelinga aiman dengan nada lembut, “ abang yangku cintai, kis nak mandi ni, kalu abang tak lepaskan kis, emm…..” aku terus menggeletek pinggangnya, yang menjadi tempat paling sensitive di tubuhnya. Akhirnya dia mengalah dan melepaskanku.
Dari rumah tumpangan kami mengambil teksi, terus ke hospital. Dalam masa 20 minit, kami sampai ke destinasi yang di tuju. Dengan nombor wad yang di beri ustaz, memudahkan kami untuk mencarinya. Tanpa memberi salam dan bersalaman aiman terus berbicara “ kau?, kau ke yang buat aku macam ni, selame ni kite duduk sebelah sebelah, kau tikam aku mail, ape dose aku mail, kau  susah aku tolong, aku susah kau tolong, sanggup kau buat aku jadi macam ni?” sambil memegang kolar di leher baju mail. Aku yang berada di belakang aiman cuba menenangkannya, walaupun aku sendiri terus meluat melihat orang yang buat kami seperti ini. Jururawat yang ade di situ, menyuruh kami diam, dan tidak menggangu pesakit lain. Melihat keadaan mail yang terlantar, hendak berkata kata pun susah membuatkan marah aiman pulih dengan cepat. “ aku mintak maaf, aku cemburu dengan kau, kau selalu baik dengan pensyarah, kau hensem, budak perempuan ramai suke kat kau, ramai orang baik kat kau, sebab kau suka buat lawak, sebab kau baik dengan pensyarah, pointer kau pun baik,” lemah mail menuturkannya, sambil tersekat sekat, aku hanya diam melihat mereka berdua berbual, kerana aku hanya mangsa. “ bende macam tu pun kau nak cemburu kenape mail, pointer aku tinggi tak de kene mengena dengan pensyarah, walaupun aku baik dengan diorang, diorang sendiri cakap, tanda kertas sama rata, kau memang suke kan aku jadi macam ni, mak bapak aku buang aku, kau tengok, kuliah pun aku tak pergi”, jawab aiman sambil menitiskan air mata. “ memang aku buat semua ni sebab aku nak jatuhkan kau, aku minta maaf sangat sangat, sekarang aku dah dapat balasan, semua sarafku tidak berfunsi sikit demi sedikit, sebelum aku tak boleh bercakap aku ingin meminta maaf”, jawabnya tersekat sekat. Sedang mereka berbual, sepasang suami isteri yang sudah berumur sekitar 50 an, datang kearah kami. “mak, nil ah orangnya,” mail berbicara. Mak mail  terus memelukku walaupun aku tidak membalasnye, kerana perbuatan anaknya. Bapa mail juga melakukan sebegitu terhadap aiman. “maafkan anak kami nak, dia tak de harapan sembuh”, tutur mak mail sambil menangis merayu. “ pak cik sanggup buat ape je, asal kamu maafkan dia, pak cik dah tak tahan tengok dia menderita,” jawab pak cik. “ pak cik makcik menderita, tapi kami dimalukan di maki, di buang keluarga, dinikahkan sekali, seperti binatang kami di hina makcik,” jawabku sambil menitiskan air mata. “aku akan maafkan kau kalau kau penuhi syarat yang aku bagi”, keras suara aiman menuturkannya. “ Insyaallah aku buat mal”, jawab mail. “ pertama, kau kene buat pengakuan dalam surat khabar yang kami tidak bersalah, kedua kau kene buat pengakuan life dalam berita, ketiga yang paling penting, kau kene melutut kat depan mak bapak aku dengan mak bapak isteri aku depan orang kampong, kalau nak diikutkan hati, dah lama kau makan penampor aku, ape yang aku suruh kau buat ni terlalu kecil berbanding ape yang aku rase, kau tahu tak,” pinta aiman dengan nada yang keras. “ aku janji mal, aku buat, terima kasih mal,” jawab mail. Sebagai tanda hormat, kami menyalam ibu bapa mail lalu beredar dari situ, tanpa menoleh ke belakang.
Kami pulang semula ke rumah tumpangan seri murni. Kepalaku terasa begitu pening selepas peristiwa tadi, kemarahan aiman semakin reda bila kami singgah sebentar di warong mak mah untuk mengisi perut makan tengah hari. Sampai di rumah tumpangan aku terus merebahkan diri atas katil, solat zuhur akan ku jamakkan dengan asar.  Jam 10 malam nanti kami akan bertolak pulang ke kedah. “ sayang bangun dah pukul 6 petang ni, solat dulu,” pinta aiman dengan lembut. Kepalaku terasa sedikit ringan, lalu ku sempurnakan solatku. “ abang nak cakap sikit,nanti kalau semua orang dah tahu, biarkan mereka yang mencari kita, sekarang baru diorang tahu siapa betul, siapa salah, mesti diorang menyesal kalau dapat tahu nanti,” bicara aiman bersahaja. “ kis pun rasa macam tu bang, diorang dah buang kite, kalau diorang nak nanti pandai lah diorang cari, kis Cuma teringat ibu, sayu hati ni, bila teringat ibu,” jawabku ringkas. “ ni ade mase ni, jap lagi kite nak balik kan, pergi la telefon ibu guna public kat depan tu, kalau dah sampai kedah, nanti senang orang nak cari guna nombor telefon.” Laju aiman bertutur memberikan kebenaran. “ betul ke bang, thanks bang, love you”, jawabku dan terus cium pipinya, lalu aku bangun dan mendapatkan public phone.
Nombor ibuku ku dail dengan penuh debaran, hampir 3 bulan lebih aku tidak mendengar suaranya. “tut,tut,tut, assalamualikum, ni siapa?” terus menitis air mataku mendengar suara ibuku. “ waalaikumsalam ibu, ni leeya.” Jawabku dalam nada sedih. “Ya Allah, leeya anak ibu, kamu kat mane nak?” jawab ibuku, “leeya tak boleh beritahu leeya kat mana ibu, ni arahan suami leeya, ibu leeya rindu sangat pelukkan ibu, suara ibu, leeya nak mintak maaf kat ibu sebab tak jumpa ibu”, jawabku dengan nada teresak esak. “ balik lah nak, ibu rindu leeya, surat leeya bagi berulang ulang kali ibu baca, balik nak….” Teresak esak juga suara ibu yang kedengaran di corong telefon. “ tak lama lagi nama ibu dan ayah akan bersih semula, ibu doakan lah yang terbaik untuk leeya, sekarang leeya dah jadi isteri sepenuhnya untuk suami leeya, banyak leeya belajar bu, pahit manis kami telan bersama.” Jawabku panjang lebar. “ ibu, mintak maaf sebab ibu tak menyebelahi leeya masa tu, ibu buntu nak, maafjkan ibu… “ meraung ibuku seperti adanya kematian. “ tak pe bu, leeya faham, Cuma leeya agak terkilan mase tu, ibu leeya tak boleh lame, kirim salam dekat ayah, leeya tahu ayah marah lagi dekat leeya, hatinya keras, leeya kenal sangat ayah, ibu kalau jumpa mak akmal, ibu ceritalah, yang kami sihat, Alhamdulilah.” Panjang aku meluah. “ maafkan ayahmu nak, kalau leeya hidup baik baik, ibu redha leeya jauh dari ibu, tapi takkan selamanya leeya nak bersembunyi?” leeya dah maafkan semua yang menuduh kami, entahlah ibu, terasa pahit, hendak pulang ke rumah,ibu sampai sini dulu bu, dah nak magrib, kami ade urusan lain, tak boleh lama, leeya sayang ibu sangat sangat.” Jawabku panjang lebar. “ ibu pun sayang leeya”, jawab ibuku yang masih menangis tidak mampu untuk berkata. “ ibu jangan nangis nangis, nanti leeya sedih bu,” pintaku dengan nada yang serak serak selepas menangis. “baik lah nak, hidup baik, baik, ibu kat sini sentiasa menunggu kepulangan leeya”, jawab ibuku sayu. “Insyaallah, leeya tak janji bila, assalamualaikum ibu ku sayang”, kata kata terakhirku. “ waalaikumsalam”, selepas itu talian pun di matikan. Aku yang mencangkung di depan pondok telefon, terus di peluk aiman masuk ke bilik. Kesenyapanku tanpa bicara membuatkan aiman juga tidak berkata, dia memahami kesedihan yang aku alami. Selesai solat isyak  kami bertolak menuju ke steyen bas, sementara menunggu bas kami menikmati makan malam di retoren selera bersama 500 meter dari stesyen bas. “ sayang ok?” tanya aiman memecah kesunyian. “ em, ibu tanya bile kite nak balik, kis jawab Insyaallah tengok dulu macam mane,” jawabku sayu. “ kis nak jumpe parents?” tanya aiman. “ memang nak sangat jumpe, tapi kis belum sedia la bang, macam abang jugak, biarlah diorang, kalau diorang sayang kat kite mesti diorang cari nanti,” jawabku ringkas. “ sedapnye sotong ni, nanti sayang buat macam ni tau”, aiman menukar topic perbualan, kerana tak ingin aku bersedih, panggilan sayang dari mulutnya tak pernah lekang walaupun di depan orang ramai, aku pun sudah selesa dengan panggilannya, Cuma ingin membahasakan diri dengan panggilan tersebut, aku masih kaku.” Nanti kis buat la, buku resepi kat umah tu ade,” sambil tersenyum aku terus menyuapkan sotong ke dalam mulutku.


Anugerah ilahi
Tepat pukul 7.30 pagi, kami sampai di perkarangan rumah, dari jauh aku telah melihat mak leha sedang menjirus pokok bunganya, lantas aku berlari memanggil mak leha dan terus memeluknya sambil menangis. Tiba tiba semuanya menjadi gelap. “kis,kis, bangun nak”, suara mak leha masuk ke gendang telingaku. “Aiman dah cerita segalanya dekat mak leha”, mak leha memulakan bicara. “ kis ingat mak leha, dah tak balik sini dah”, sayu suaraku menuturkannya. Mak leha yang ku anggap ibuku di sini sangat rapat dengan ku, sejak dia menetap di rumah anaknya, membuatkan aku terasa sunyi dengan mulut becoknya itu. “ cucu mak leha, mak dia hantar taska, ade orang jage kat sane, tak kan mak leha nak duduk sana, pak mail kau tu, dah tak duduk diam duduk kat sana, duduk rumah 15 tingkat, tak jumpe tanah, macam orang gila rasanya”, sambil ketawa mak leha bercakap. Badanku yang terasa penat, melayan juga karenah mak leha. Aku duduk bersama mak leha di ruang tamu rumahku yang beralaskan permaidani baru yang di beli aiman, setelah aku pengsan kerana penat, aku telah di gendong aiman dan di baringkan di ruang tamu, itu yang diceritakan mak leha. “ nah makan pisang goreng ni, muka kau pucat tu, tak makan lagi tadi”, hulur mak leha pinggan berisi pisang goreng. Aiman dan pak mail sedap berborak di luar rumah, tak habis lagi bercerita fasal kami agaknya. Lama juga aku tak sedar dekat 2 jam, lagi tadi mak leha bersamaku. Pisang goreng yang diberikan mak leha ku jamah sedikit, sekadar mengambil hati, walaupun tekak ku tidak mahu menerima makanan, seperti mahu demam. Belum habis sebiji pisang goreng aku makan, aku terus berlari ke dapur dan memuntahkannya. “ man,man, kau tengok bini kau ni, tak sihat ni, pergi klinik sane”, jerit mak leha yang sedang mengurut badan belakangku. “ kau ngandung agaknye ni kis”,duga mak leha. “ kenape ni sayang?” tanya aiman yang baru sampai ke dapur. Aku yang mendengar perkataan mak leha seperti cemas, boleh ke aku mengandung di usia muda, segala pertanyaan mak leha dan suamiku, aku hanya balas denyan senyap, dengan badanku yang lemah dan termuntah muntah tak mampu untuk aku tuturkan. “orang tu dah sakit, boleh tanya pulak budak ni, bawak je pergi klinik,” arah mak leha pada aiman.aiman terus menurut kata mak leha tanpa banyak soalan.
“tahniah encik akmal, Puan aleeya mengandung 3 minggu, nanti cukup 8 minggu datang sini semula buat kad.” Jawab doctor ina di klinik bakti. Aiman yang mendengar terus mengucap syukur, dan terus memelukku. Aku sangat gembira, walaupun perasaan takut itu ada, kerana sudah berbadan dua.setelah 5 hari cuti termasuk cuti ke JB, kini aku sambung semula pekerjaanku, walaupun aiman melarangku, tapi, dengan alasanku yang kukuh, dia membenarkan aku bekerja. Kini setiap pagi, aiman yang menyediakan sarapan, dek kerana kau selaluloya, setiap pagi aku mengalami morning sickness, jadi aku tak berdaya nak menyediakan makanan. Aiman pula menjadi lebih caring, dia orang paling gembira kerana nak menjadi bapa, sebab aiman memang suka kan kanak kanak.
8 bulan kandunganku, sudah tidak larat berjalan, begini rasanya bila ibuku mengandung. 3 minggu selepas aku mengandug, hanya surat yang ku kirimkan. Selepas pengakuan, mail tentang perbuatannya, dan berita dia berjumpa dengan orang tuaku sudah tersebar. Kini nama keluargaku sudah bersih. Di laman facebook pula, banyak yang bercerita tentang kami, ade yang ingin tahu di mana keberadaan kami. Nasib baik di kedah kami gunakan nama samaran, jadi tiada siapa yang mengenali kami. Ramai saudara maraku yang menulis di status mereka untuk cari aku, termasuk kak lin dan abang kesayanganku, di facebook abang aku melihat vedio ayah yang meminta maaf denganku, sayu hatiku melihatnya. Bukan aku sahaja, aiman pun sama, lagi lagi peminat perempuannya selalu meletakkan status di wall masing masing, kadang kadang ayat mereka membuat aku cemburu. “hah, tak habis habis tengok facebook, nanti anak yang keluar tu pun macam mak dia”, aiman terkejutkan aku dari belakang, “ Allahhuakbar, ish dia ni, abang tengok ni kawan abang post kat fb, salam abang akmal yang disayangi, balik lah sini, kami semua menuggu abang akmal, em mengade ngade”. Bacaku sambil membuat nada menyampah. “ eleh jeles lah tu, abang sayang kiss sorang je la, biase la tu ,abang ni kan mengalahkan bintang filem”, dalam nada membangga aiman bertutur. “ ye lah tu cik abang” jawabku ringkas dengan mata yang masih melihat di facebook. Nama samaran di facebook yang ku gelar sambal belacan, tidak seorang pun tahu, bahawa itu adalah aku. Terasa cemburu bile kawan kawanku di matrik sudah melanjutkan pelajaran. Aku yang mendapat tawaran menyambung ijazah pengajian islam dan undang undang di uitm shah alam, tempat aiman membuat diploma terpaksaku tunda, selepas memberitahu keadaanku pihak university membenarkan aku menangguh pengajian selama 2 tahun, dari tarikh aku terima panggilan.
“sayang, cepatlah,” pinta aiman tergesa gesa. “nak pegi mane,nak main facebook pun tak boleh”, jawabku sambil memandangnya. “ apenye yang tak boleh, lupalah tu, hari ni cek up mak ci oi”, sambil bercekak pinggang aiman menuturkannya, aku yang hanya tersenyum,terus mencapai tudung dan beg, lantas ikut langkah suamiku.
“puan aleeya maisarah binti ahmad bakri ” panggil nurse di kaunter. Aku terus masuk ke dalam bilik doctor ina yang memeriksa kandunganku sejak awal dulu. Aiman pun ikut bersama di dalam bilik rawatan. Walaupun pertama kali semasa pemeriksaan janin dalam kandunganku, aku tak mahu membuka bajuku di depan aiman, “ ai cik aleeya, depan suami awak pun, awak nak malu”, tanya doctor ina yang merawatku. Aiman yang setia menungguku hanya tersenyum memandang doctor. Dengan perasaan malu yang menebal walaupun dengan suami sendiri, aku selakkan juga bajuku untuk diperiksa oleh doctor. “ banyak beli baju baby encik akmal”, doctor ina di sebelah memulakan bicara. “tak muat almari dah doctor”, jawab aiman sambil ketawa. Di sini sahaja, kami di gelar dengan panggilan sebenar, dek kerana kad pengenalan kami. Aku yang ingin menyelak bajuku hanya tersenyum, hampir setiap hari ahad, kami akan keluar untuk shoping baju baby. Setelah mendapat tahu bayi yang bakal aku lahirkan adalah lelaki, aiman begitu seronok, sehingga semua baju yang kami beli bersama dipilih olehnya. “ cik aleeya, jangan berjalan banyak sangat, ni kaki dah bengkak ni”, pinta doctor yang sedang memeriksa kandunganku. “ tukang picit ade kat sebelah ni doctor, relaks la,” sambil tersenyum aku menunjuk kearah aiman. “ die ni memang degil la doctor, kalau doctor bagi kebenaran, boleh tak saya ikat kaki die kat tiang rumah?, selamba aiman menuturkannya dan mukanya dibuat buat serius. Ketawa doctor ina yang mendengarkannya. “ok, cik aleeya, ibu sihat, kandungan pun sihat,” jawab doctor ina. “ bapak dia pun sihat doctor,” aiman mencelah. “ bapak dia terlebih sihat”, balas doctor ina sambil ketawa.

Setibanya kami diperkaranagan rumah, kami melihat 2 biji kereta yang sangat aku kenali, mungkin sama agaknya dengan kereta bapaku, kerana sepertinya tetamu mak leha yang datang dari jauh. Aiman juga seperti perasankan sesuatu, tapi dia hanya berdiam. Motor yang kami tunggang di parker aiman di halaman rumah kami, tiba tiba “leeya………..” suara yang cukup sayu yang begitu aku rindu memanggil namaku. Aku kaku di hadapan rumahku, air mata dengan sendirinya turun seperti air hujan, hampir setahun aku tidak menatap wajah tua ibuku, hanya surat yang ku kirimkan. Di sebelah ibu terlihat muka ayah yang sangat kurus berbanding dulu. Aku tahu setelah kejadian yan menimpaku, selera makan mereka berkurang. Kakiku yang kebas tiba tiba, membuatkan aku terduduk di situ namun sempat dipapah oleh aiman. Ibu bapanya juga turut hadir, aku melihat mak aiman,  sudah basah tudungnya dek kerana air mata, tetapi aiman dengan hatinya yang keras hanya berdiam diri seperti tidak melihat ape ape. Ibu dan ayahku, berlari menuju ke arahku, abang zril dan kak lin juga turut hadir. “maafkan ayah nak, ayah salah, ayah yang sepatutnya di layan seperti binatang”, jerit ayahku. Aku tidak mampu berkata kata, hanya tangisan mengiringi. Semua yang hadir telah berada di dalam rumahku.  Lagi tadi aku hanya di dalam pelukkan ibuku,ahli keluargaku berkumpul di depanku. “ inikan jalan yang ayah pilih untuk leeya, leeya redhayah, walaupun pahitnya seperti hempedu, leeya telan juga”, balasku teresak esak. “ hukumlah ayah nak, hukumlah,” jawab ayahku yang juga menangis seperti anak kecil, inilah kali pertama aku melihat ayahku sebegini. “ leeya, sejak orang yang buat kau macam ni datang rumah, ayah terus cari info tentang kau, maafkan lah die, jom kite balik,” kak lin bersuara sayu. “ kak, macam mana kalau rahsia ni tak terbongkar, semua orang mesti percaya kan leeya buat salah, leeya dah lama maafkan ayah, sejak kaki leeya melangkah keluar dari rumah kita, kak macam macam leeya rase kak, dah lali telinga leeya ni dengar,” jawabku sayu yang sudah reda dari tangisan. “jom nak, kita balik, kat sini leeya sorang sorang, lagi lagi dah sarat sape nak jage leeya?” jawab ibuku. “ selama ni leeya sorang kat sini, tak de orang perdulu fasal leeya pun ibu, leeya makan ke minum,hidup ke mati, tak de orang perduli pun, kenapa sekarang baru ibu muncul.” Jawabku dengan nada tersekat sekat. Selepas aku habis bercakap semua ahli keluargaku menangis lagi. “ leeya, kau tak sayang aku, ke, dah lame aku tak gadoh dengan kau, sampai sekarang gaji pertama aku ade lagi tau, aku tak lupa janji aku nak belanje kau burger” abangku yang lagi tadi diam bersuara. Tersenyum aku mendengar abangku berkata. Di sebelah depan pula kelihatan ibu bapa aiman yang juga datang bersama seorang sahaja abangnya, memujuk aiman,aiman yang lagi tadi senyap bersuara, “ dah buang aku jauh, cakap macam macam, nak kutip aku balik, sesen pun tak hulur kat anak sendiri, percaya bulat bulat orang kata, sekarang baru menyesal, ” keras suara aiman, “ mak tahu nak, mak salah, maaf nak. Aiman hanya berdiam diri, hanya tangisan ibunya mengiringi. Keluargaku sudah mula reda, lama aku dan ayahku berpelukkan, tidak sampai hati melihat ayah yang datang berjauhan, semata mata ingin memohon maaf, walau ape pun yang terjadi hubungan darah tidak akan putus. “ sekarang ni, leeya dah bersuami bu, yah, jadi semua keputusan kat tangan die, leeya kene taat, sepertimana ibu taat pada ayah,” bicaraku ringkas. “ ayah redha nak, yang penting kamu bahagia,” jawab ayahku sambil mengucup dahiku. Dalam suasana yang cukup mendung itu, mak leha dan pak mail datang ke rumah, aku yang tengah duduk di ruang tamu hanya menyuruh mereka masuk. Pak mail dan mak leha telah menceritakan keadaan aku dan aiman di sini kepada keluargaku dan keluarga aiman, termasuk nama samaran yang kami guna. “dah la tu man,mereka semua dah menyesal, jangan di bahas lagi,” pak mail yang diibarat seperti bapa kami di sini menasihati aiman. “kawan kawan saya semua dah nak graduate, saya terkontang kanting kat sini pak mail”, jawab aiman sedih. Air matanya yang di kawal, tertumpah juga akhirnya. “dah man, dah, sekarang pun dah boleh sambung,” jawab pak mail smbil memegang bahu aiman. “ saya belum ade keputusan pak mail, saye kene bincang dengan balkis”, jawab aiman. Mak dan abah aiman, seperti kehilangan kate kate, bile aiman tidak mengendahkannya, disebabkan ego aiman yang terlalu tinggi. Melihat keadaan itu, aku meminta izin ibu dan ayahku untuk bertemu aiman dan keluarganya, “ mak, abah, bagi kami masa untuk berfikir, Insyaalah nanti kami beri keputusan,” jawabku tenang sambil mencium tangan mereka sebagai tanda hormat. Aiman hanya berdiam, mungkin rasa geramnya datang semula dengan kehadiran ibubapanya, walaupun aku tahu disudut hati kecilnya dia sangat merindui ibubapanya. Malam itu aku sudah rancak berbual dangan ibu bapaku, macam macam cerita telah aku ceritakan pada ibuku. Setelah berbincang dengan aiman, kami meminta masa seminggu untuk berfikir. Aiman sudah boleh berbicara dengan keluarganya walaupun setiap bicaranya, banyak sindiran yang dikenekan. “ abang zril, nurse kat hospital, cantik cantik tak, dah ade yang berkenan?” tanyaku sambil ketawa. Memang tidak dinafikan kehenseman abangku sentiasa menjadi tumpuan, di sekolah dulu aku sering menjadi tumpuan akak senior untuk menjadi posmen, tapi abangku yang perasan macho, tidak melayan surat surat tersebut. “ belum jumpe, kalau jumpe yang macam leeya, terus abang kebas”, jawab abang zril. Kata katanya yang ingin mengambil hatiku, membuatkan aku tersenyum. “kalau leeya bersalin nanti, ibu datang sini seminggu”, ibuku mulakan bicara. “ ibukan kerja, tak pe leeya boleh jage diri,” jawabku manje sambil memeluk ibuku, yang masih belum puas. Esok mereka semua sudah pulang kerana masing masing harus bekerja. “ ibu amik cuti tahunan, leeya ingat ibu boleh senang hati ke tengok leeya macam ni, cucu first ibu pulak tu”, jawab ibu bersungguh. Aku hanya tersenyum.
Seminggu berlalu, keadaan kembali seperti biase, aku dan aiman kembali bekerja. Hampir setiap detik telefonku berbunyi, dek kerana ibu yang selalu bertanya khabar sejak tahu nombor telefonku. Sejak kandunganku berusia 7 bulan aku, tidak lagi kerja lebih masa kerana aiman selalu bising kerana setiap kali pulang kakiku akan membengkak. Kalau nak diikutkan sekarang pun aiman melarangku bekerja tapi alasanku cukup bernas, orang lain pun sama jugak, hari ni kerja esok bersalin, boleh je. Mendengar kataku, aiman malas hendak menyambung. “ macam mana, dah buat keputusan?” tanyaku kepada aiman yang baru sahaja solat isyak selepas pulang bekerja. “ abang risaukan sayang, abang bukan tahu jage orang pantang, nak harapkan mak leha , kesian die, kite dah banyak susahkan die, abang pun susah nak buat keputusan”, jawab suamiku yang resah. “ kis tak kisah, semua keputusan abang, kis ikut je bang, lagipun kite sekarang dah suami isteri tak salah kalau kita hidup berdikari, Cuma kita sekarangkan nak sambung belajar, kita perlukan duit bang, parents kis memang dah sedia duit untuk kis sambung degree,” jawabku. “abang dah boleh terima parents abang, Cuma belum boleh mesra macam dulu, kita baliklah kis”, jawab aiman, yang sedikit mengejutkanku. “ kalau abang buat keputusan untuk kebaikan kis je, tapi sebaliknya bagi abang, kis tak setuju”, soalku. “hari tu abang dah tanya mak som, jiran ujung taman kite tu, die urut orang bersalin, tapi kalau hari hari abang kerja nanti, abang risau tinggal kiss orang sorang, ni ibu dah sanggup nak jage, kite terima je la”, jawab suamiku. “ kalau abang dah cakap macm tu kis terima”, nadaku bersahaja sambil mengangguk. “esok hari isnin, kite urus semuanya, abang nak buat kenduri sikit kat surau.” Aku hanya mengangguk tanda setuju, melihat aiman yang dulu dan sekarang lain sangat, semakin hari die semakin matang, walupun kadang kadang nakalnya sering membuat aku tertawa. Ya Allah aku semakin cinta pada suamiku. “jom sayang”, ajak suamiku. “pegi mana?” tanyaku pelik. “ tu..” sambil menunjukkan kearah bilik. Sambil tersenyum kami berdua melengkapkan lagi suasana romantic malam itu.

No comments:

Post a Comment