Wednesday 1 August 2012

DIA JODOHKU


p/s : cerita ini hasil karya UMAIRAH ( member kpd roomate aq ALIN) dan di olah serta di edit 
        oleh aq sendiri.




Aku ….
Sudah 2 minggu aku  merasa nikmat duduk di rumah semula setelah bertungkus lumus memerah otak berada di pusat pengajian matrikulasi Johor yang letaknya di Bandar Tangkak.  Setahun melekat di Bandar tangkak ibarat duduk di kawasan pedalaman, tiada shoping complex yang besar, Cuma mengharapkan The store. Tiada panggung wayang, hanya melihat wayang di dewan kuliah.Seluruh kawasan tangkak dipenuhi kain yang sememangnya  pengusahanya adalah orang cina. Memang tidak dinafikan siswi tangkak rajin membeli kain untuk dijadikan baju kelas.
Sudah berada di rumah, teringat pula kawan kawan di matrikulasi, yang sering  berkongsi kisah suka dan duka. Masa lepas SPM sudah merasa bekerja di kedai makan yang gajinya hanya RM20 sehari  tapi penatnya tak hilang2. Kata ibu, itulah penat orang cari duit, tak mengapa cari pengalaman. Setelah badan mula terasa penat di rumah kerana tak tau nak buat kerja apa, hari hari menghadap laptop bermain game, aku berhasrat mencari kerja di kedai buku dan alat tulis. Dengan bantuan temanku yang pernah bekerja di sana sewaktu lepas SPM sebagai pekerja sambilan akhirnya aku diterima bekerja di Pusat Alat Tulis Pelangi di Taman Angsana Johor Bahru.  Hari pertama bekerja tidak begitu memenatkan kerana aku diberi tugas menjaga stok pemadam ,pengorek, dan ubat pensel. Aku di ajar cara untuk mengira stok sekiranya habis, aku perlu melaporkan kepada boss. Puan ina, boss kat tempat kerja aku yang sentiasa becok kepada pelanggan, dia sering mengajar pekerjanya untuk beramah mesra ketika melayan pelanggan. Aku, Aleeya maisarah binti ahmad Bakri yang di lahirkan pada 19/6/1993 tidak pernah kenal erti pendiam. Mulutku yang ramah, sentiasa disenangi oleh bos ku sendiri dan pekerja yang lain. Dengan lesen motor yang aku miliki, mudah pergerakanku dari tempat kerja ke rumah. Di sebabkan pagi ibuku menyuruh aku mengemas rumah dan membuat pekerjaan dapur jadi aku masuk kerja pada pukul 3 petang dan pulang pada pukul 10 malam. Sebagai anak yang terakhir di dalam keluarga dan mempunyai seorang abang dan seorang kakak, aku selalu di jadikan mangsa buli mereka  dirumah untuk melakukan ini dan itu. Ibu selalu cakap, kalau  leeya tiade kat rumah, rumah nie ibarat tidak berpenghuni, kerana aku sahaja yang pandai meriuhkan suasana.  Ayahku seorang pekerja di kilang mozek yang gajinya RM1500, perginya matahari belum timbul dan pulangnya saat cahaya matahari yang terakhir tenggelam di sebelah barat. Kesian aku melihat wajah ayahku yang semakin hari semakin dimamah usia, walaupun usianya masih sekitar 50 an, tapi aku dan adik beradik ku yang lain melihat seperti sudah 60 an. Kami adik beradik bertekad untuk belajar bersungguh sungguh dan tekadku untuk membawa ibu dan ayahku ke haji dan menghadiahkan mereka sebiji kereta tersemat di mindaku. Disebabkan kami tiga beradik masih belajar, ibu membuat keputusan  membantu ayah dengan bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah menengah kebangsaan abd Jalil , keputusan SPM ibu yang agak baik melayakkan ibu bekerja di sana dengan gaji bulanan RM 1800. Dengan hasil inilah mereka membesarkan kami bertiga.
Kini kakakku menyambung degreenya di UITM Melaka sebagai  pegawai perubatan yang tinggal lagi 2 semester. Sebagai kakak sulung, dia sentiasa rasa terbeban kerana dia ingin dilihat menjadi yang terbaik di mata keluarga. Pernah dulu, hati kecilku tergelak kerana kak lin ku sendiri merajuk melihat keputusan SPM ku yang memperoleh 6 A, dan dia hanya memperoleh 3A. Hanya memperoleh  3A sudah meminta macam macam dengan Ayah sebagai hadiah. Aku yang memperoleh 6A malah menolak Rm100 yang ayah dan ibu berikan, kataku kepada ayah dan ibu, bantulah leeya sambung pengajian nanti,dan  hadiah yang paling besar yang leeya harapkan cuma doa dan kasih saying ibu dan ayah. Saat aku berkata begitu, menitis air mata mereka, aku sememangnya ingin menyelami perasaan ibu dan ayahku, aku tidak ingin mereka sentiasa rasa terbeban dengan kepayahan membesarkan kami bertiga. Di usia mereka yang  semakin lanjut, aku Cuma inginkan mereka berehat. Abangku pula agak susah di bawa berbincang,  selepas diploma sains pertanian dia terus melekat di rumah dan tidak mencari kerja. Penat aku membebel, suruh mencari kerja tapi gaduh akhirnya, diam keputusan muktamadku, tapi dalam diam aku isikan abangku bermacam macam borang untuk mencari kerja. Walaupun keputusan SPM abangku hanya mendapat 1A, subjek sains yang lain dia mendapat kepujian, lagi hebat abangku daripada kakakku kerana semua subjek sainsnya hanya mendapat 8E. aku bukan anak yang manja yang sikit sikit minta duit pada ibu dan ayah, aku lebih suka berdikari, dan sebab itu juga ibu dan ayah percaya padaku untuk bekerja mengikut kemahuan ku sendiri. Kehormatanku sentiasa aku jaga demi menjaga maruah ibu dan ayahku. Demi menjaga kepercayaan mereka sekalipun aku tidak pernah bercouple. Walaupun masa di sekolah dan di matrik dulu ramai lelaki yang hendak mencuba, tetapi aku hanya mengganggap mereka kawan dan tidak lebih dari itu, dan lagipun aku takut sekiranya aku terjebak dengan bercouple, tidak mustahil boleh mendatangkan fitnah dan sememangnya yang paling utama , boleh mendatangkan zina hati. Disebabkan sikap ku begini, ayah dan ibu lebih percaya kepadaku berbanding kak lin dan abang zril yang masa persekolahan dulu sering kantoi dengan surat cinta monyet mereka. Pernah dulu ayah mengamuk kat kak lin sebab ada orang nampak dia pulang sekolah bersama lelaki menunggang motosikal dan cerita itu sampai kepengetahuan ayah. Seminggu kak lin tidak keluar bilik kerana takut kat ayah. Sememangnya aku bangga dengan sikap ayahku kerana ketegasan dia mendidik dan kehalusan dia bertutur membuatkan kami takut dan taat kepada ayah serta tidak berani mengulangi kesalahan. Di saat ayah melepaskan kemarahan ibu turut membuka mulutnya menyambung ceramahnya, tidak sedikit pun dia membela anaknya kerana takut anaknya naik kepala. Hampir 19 tahun aku tinggal bersama keluargaku dan aku sangat masak dengan perangai ayah dan ibu. Ibu dengan sikapnya yang lembut dalaman tapi nampak kuat luaran, begitu juga ayah yang tidak tahu mempamerkan kasih sayangnya secara luaran, tetapi selalu memberi tazkirah pada anak anaknya mambuatkan aku rasa bahagia.
PENGALAMAN TEMPAT KERJA.
“Leeya mari sini sekejap”, ada apa pula bos ni panggil aku, mengomel sendirian. “ye bos, sekejap”.
“leeya esok saya nak awak ikut saya pergi amik stok di Pasir Gudang, awak ada apa apa masalah? Kalau awak tak boleh, saya pergi dengan tikah.” Apa lah bos ni bagi la masa nak fikir dulu, sempat lagi mengumpat bos dalam hati, “emmm, bos bagi saya masa 2 minit, saya nak telefon ibu dulu, kalau dia bagi, saya on je boss”, sambil tabik dihadapan boss. “Beresss” sambil tersenyum. Selepas mendapat kebenaran aku terus memanggil boss sambil mengangkat ibu jari. Jam di kedai dah menunujukkan pukul 10 malam, enjen motor kak tikah dah kedengaran, kak tikah memang selalu balik awal tanpa mengemas kedai, al-maklumlah boss dah balik, aku dan dina sahaja yang sering pastikan kedai ditutup dengan rapi dan menghantar kunci di rumah boss kira kira 500 meter dari kedai. Baru 2 minggu bekerja di kedai buku, pelbagai ragam manusia yang aku kenal. Setibanya di rumah, abang zril terpacak di depan pintu, lantas aku di ajukan soalan “ kau isikan aku borang jadi pembantu makmal kimia kat hospital ea?” dengan wajah seakan akan ceria tapi susah nak mempamerkannya. Dengan wajah selamba aku menjawab “aah”, sepatah sahaja tanpa menjawab lagi. “sapa suruh kau isi?” dengan wajah tidak puas hati. Aku pun ape lagi, dah la aku isikan banyak pulak cekadak basi dia.” tak de sesape pun, leeya yang isi sendiri,leeya yang tandatangankan, leeya yang onlinekan, sesuai dengan kelulusan abang diploma sains pertanian, kalau abang tak suke xpayah pegi”. “yang kau macam nak marah ni kenapa? Aku suke la, thnkz’’, sambil mengenyit mate sebelah lalu masuk ke dalam. Emm ingatkan tadi tak tau nak terima kasih. “ eh, abang, bile kene pegi?” tanyaku. Dengan suara gembira dia menjawab “minggu depan masuk kerja, dapatlah aku merasa kerja kat Hospital kluang ” sambil ketawa. “ ha, nanti gaji jangan lupe ,leeya yang tolong carikan ni” cepat je mulut becok ku ini menjawab. “ alah burger sebiji cukup lah’’. Emm ada saje lah abang aku ni, malas nak melanjutkan perbualan, aku matikan di situ sahaja, badan pun dah penat. Setelah membersihkan diri dan mandi aku terus menunaikan solat isyak dan tidur. Ceritaku hari ini belum sempat sampai ketelinga ibuku yang sentiasa menjadi pendengar setia, walaupun aku tau ibu dan aku sama sama penat bekerja.
Zaman persekolahan.
Teringat dulu, zaman sekolah menengah, keramahanku yang sentiasa menceriakan guru-guru, membuatkan aku terkenal oleh semua guru dan disenangi ramai. Di tambah pula kepetahan ku bercakap, aku sering menjadi johan dalam pertandingan syarahan, sajak dan pantun. Kadang-kadang aku tergelak teringat dua orang guruku yang berebut inginkan aku menjadi pengerusi persatuan mereka, kelincahan aku menguruskan sesuatu persatuan membuatkan ramai guru-guru yang menginginkan aku masuk kepersatuan mereka. Sehingga pengetua sekolah pernah memarahi aku kerana tidak mahu masuk ke kelas pertama kerana akademik ku yang setaraf dengan budak kelas A. bukan aku tidak berminat dengan budak kelas A, tetapi kawan-kawan tingkatan 4 dan guru-gurunya yang di bawa samapai ke tingkatan 5 membuatkan aku berat hati untuk meninggalkan mereka. Itulah yang aku jelaskan kepada pengetua, sempat lagi aku cakap dengan pengetua, tidak kisahlah kita duduk di kelas mana, sebab semua yang kita belajar sama. Pengetuaku tersenyum, dan berkata, buatlah apa yang kamu rasa baik, saya hanya nakkan yang terbaik untuk pelajar saya. Dengan memendekkan perbualan aku  menjawab terima kasih pengetua kerana mengambil berat dan insyaallah saya cuba menjadi yang terbaik. Sekolah Menegah Kebangsaan Cahaya Ilmu di Johor Bahru merupakan tempat yang penuh dengan kenangan, disitulah aku belajar erti sahabat, erti hidup, dan belajar mengurus majlis. Kadang kadang aku rasa tugas aku di sekolah bukan sahaja belajar seperti orang lain, ramai cikgu suka menggunakan aku untuk melakukan tugas mereka, sesi persekolahan yang sepatutnya habis pukul 2 petang, tidak pernah sekalipun aku pulang pada pukul 2, jika belum pukul 5 petang belum tentu aku pulang ke rumah kecuali hari jumaat. Dengan kelas tambahan setiap petang, lama-lama aku rasa tertekan kerana SPM semakin hampir. Aku mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti sampinganku pada bulan 7. Cikgu-cikgu pun tidak lagi mengganggu masa belajarku kerana mereka faham SPM semakin hampir kecuali jika ada majlis untuk dipengerusikan. Penat lelahku akhirnya membuahkan hasil yang agak lumayan bagiku, dengan memperoleh 6A 2B 3C. Kawan-kawanku yang lain berpuas hati dengan keputusan SPM mereka, semasa mengambil keputusan SPM aku melihat semua rakan-rakan ku berkumpul dalam satu bulatan, dan aku ingat akulah orang terakhir mengambil keputusan, dengan lafaz basmalah laju kakiku kemeja cikgu kelasku merangkap cikgu bahasa melayu untuk mengambil keputusan. Setelah itu cikgu mengucapkan tahniah kerana subjek yang dia ajar aku mendapat A+. Semasaaku hendak menandatangan selepas mengambil keputusan, aku melihat aku orang yang pertama mengambil keputusan . Lantas aku bangun dan mencium tangan cikgu tini dan mendapatkan kawan-kawanku dan terus aku gulung keputusanku lalu aku simpan. Terus aku berbual panjang dengan kawan kawan ku lelaki dan perempuan. Aku banyak menghabiskan masaku berbual dengan kawan baikku ayu. Ayulah  tempat aku berkongsi cerita. Hari itulah hari terakhir aku melihat si dia lepas tamat sesi persekolahan tingkatan 5.
Si dia dan coklat
“leeya, jom ikut saya pergi kulai,’’ lamunan ku terhenti setelah terdengar panggilan bosku. Hampir 3 minggu aku bekerja, bagaikan sudah lama kenal dengan puan lina, keramahannya membuatkan aku senang, walaupun aku tau kak tikah sentiasa cemburu kerana boss sering mengajak aku keluar mengambil stok. “ leeya, apa yang awak ngelamun tu, pakwe tak call ke?” lantas aku menjawab, ‘tak lah boss hari ni macam tak sedap badan je, tu yang diam’’ sebenarnya aku cari alasan biar boss tak pergi dengan aku, biar pendek sikit muncung kak tikah. “ ok, lah kalau gitu saya pergi dengan tikah, kalau awak rasa tak sihat, amik cuti”. Ok, boss, beres, sambil mentabik kearah boss. Dina yang sedang menjaga kaunter, mengangkat kepala,dengan tanda Tanya, sedangkan kami berdua sudah berpakat ,kalau lain kali boss ajak keluar, akan aku carikan alasan. “ tikah, jom ikut saya pergi kulai”. Tanpa banyak alasan  tikah dengan wajah ceria terus bersetuju. Dina yang sebaya denganku, belum mempunyai rezeki untuk melanjutkan pelajaran, hampir setahun lebih bekerja di kedai buku ini. Jika dibandingkan dengan aku dia lebih banyak pengalaman berbanding aku. Melihat kejadian semalam membuatkan aku dilemma, hanya tersalah photostet satu muka surat, seorang bapa budak mengatakan aku membuat kerja tidak betul, nasib baik boss aku baik dengan pakcik tersebut, entah ape yang dibincangkan, baru pakcik tu beredar, rasanya beratus kali ucapan maafku kepada pakcik tersebut tapi rupa -rupanya pakcik tu memang panas baran, dan dina juga pernah dimarahi kerana anaknya ingin membeli pembaris, dan kebetulan stok pembaris belum sampai, panas telinga dina masa tu. “ oi, leeya, pandai kau putar belit, tak sedap badan konon,’’.  Sambil ketawa aku menjawab “ demi mengelak muncung yang boleh sangkut hanger”. Sama-sama kami ketawa.
“leeya, oh leeya,” jeritan ibu dengar satu kampung permata biru, nasib baik disekelilingi sanak- saudara, Cuma mak long je yang jauh sampai ke Kelantan, maklumlah lakinya orang sane katakan. Yang lain semua menetap di sini, sebab arwah atok pesan tanah ni aku tak izinkan korang jual, duduk ramai2 adik-beradik kat sini. Begitulah kate ibu. “leeya……”, lantas aku menjawab sebelum satu kampung datang rumah,, tergelak kecil aku sendirian. “ada ape ibu sayang”, jawab aku manje.
“jomlah teman ibu masak,” dengan nada bersahaja. “ baik bu” dengan sepontan bibir ini mengatur ayat. Kalau berdua dengan ibu di dapur ada sahaja gossip yang nak dicakapkan, fasal pelajar kat sekolah ibu lah, kadang-kadang gossip jiran sebelah rumah, padahal jiran sebelah rumah, makcik sendiri, tapi disebabkan pak ngah yang selalu mencari tempat berkongsi cerita membuatkan aku dan ibu memikirkan masalah orang lain. Kadang-kadang kelakar rasanya bila pak ngah sendiri mengatakan yang dia hendak menikah lagi, masa dulu pernah dia berkata bnegitu, tapi kami anggap sebagai gurauan , tapi kali ini makin bertambah serius. Mak ngah ku seorang yang cantik, memang dari segi luaran dia merupakan mak cik yang paling cantik antara mak cik ku yang lain, tapi di sebabkan cemburu butanya terlalu tinggi dan kurang mempercayai pak cik ku, membuatkan pak ngah ku ingin berkahwin lagi. Tambahan lagi mak cik ku kini sakit dan memerlukan dialysis seminggu tiga kali, bertambah tambah la keinginan pak cik ku nak berkahwin lagi disebabkan layanan mak ngah terhadap pak ngah sudah kurang di sebabkan sakit. Kalau dulu aku sangat bodoh tentang hal yang berkaitan dengan blue blues la katekan, tapi setelah belajar di matrikulasi membuatkan aku faham. Teringat classmate aku, ekin namanya, dia selalu cerita , kat aku, katenya kita jangan terlalu bodoh, nanti kalau suami kita buat ape-ape kat kite, kite buat tak tau je. So, aku pun selalu la dengar cerita ekin dari A sampai Z. tapi kadang kadang cerita ekin, aku bukan faham sangat,kadang-kadang malas nak dengar, bagi aku tu semua tak penting, bile aku tanye ibu, faham sikit sikit sudah, nanti kalau dah meningkat dewasa, kita akan faham sendiri. Kata ibu aku turutkan. “ hari ni nak masak ape bu?’’ Tanya ku memecah kesunyian. “ kite goreng sayur, goreng telur dengan masak sayur bening”, dengan laju ibu menjawab. “ai , bu simple nye. “ tak pe lah asyik makan belemak je, kite masak simple je hari ni, lagipun tukang complain tak de”. Aku sambut dengan tawaku yang galak. “ betul cakap ibu, dah 4 hari kat sana ape cerita agaknya, tak telefon ibu pon” menyambung perbualan ibu. “ malam tadi ade telefon, tapi sekejap dia cakap sibuk sikit, banyak procedure  yang kene buat, lagi lagi orang baru,” jawab ibu ringkas. “ baru padan muka dia bu, banyak leeya isikan borang untuk abang zril, Alhamdulilah sangkut jugak satu, hari ni nak kemas bilik la bu, nak kumpul semua siji sijil leeya dalam satu fail, senang nanti kalau nak mintak apa-apa”. Panjang lebar aku mengulas. “kalau leeya tak de tak taulah ibu nak buat apa kat zril tu, duduk rumah goyang perut je dah dekat 3 bulan, nanti ibu cakap sikit merajuk, cakap ibu tak sayang lah,….ibu membebel kat abang zril, tapi telinga ni la yang mendengar. Aku sambut lagi dengan ketawa “ memang!!!  goyang perut plus goyang bontot” sama sama ketawa. Habis makan bersama, sambil berceloteh dengan ibu dan ayah, bercerita lagi fasal kak tikah yang selalu cemburu, aku terus ke bilik untuk mengemas. Semua sijil sijil dari era persekolahan sampai ke matrikulasi, hampir beratus sijilku macam tak percaya, sambil tersenyum. Tengah tengah mengemas terpelanting pulak gambar kelas semasa di tingkatan 5B. Terungkai kembali cerita lama yang dulunya kerana sebiji coklat berbentuk love, memingatkan kan aku tentang si dia. Dia, Muhammad Syafiq akmal bin Rais, yang sangat terkenal dengan sikap yang sangat nakal. Hobinya memang suka mengacau kawan-kawan, terutama budak perempuan, ayu sendiri sampai nangis di kerjakan akmal.
“leeya sini kejap”. Dengan wajah selamba akmal memangil ku. Aku malas nak layan, aku terus ke muka pintu kelas dan terus berjalan keluar. Tetiba tiba satu susuk tubuh menghalangku daripada aku terus berjalan. “ kau nak ape? Aku penat la hari ni semalam baru balik KL hari ni dah sekolah. Lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur hasil tajaan biasiswa kecil persekutuan telah aku pergi. Pertama kali aku melawat kilang coklat yang begitu unik pembuatannya, membuatkan aku teruja, lawatan 2 hari satu malam di Kuala Lumpur, Bandar yang begitu sesak dengan manusia dan kenderaan, membuatkan aku tidak berhasrat bekerja di sana. Coklat serta key chain, telah aku beli untuk rakan-rakan ku di kelas, sebagai tanda ingatan. “wei, leeya aku nak Tanya ni?” dengan petah akmal bekata kata. “ape, cepat sikit, aku nak balik ni”. Dengan wajah muram. Dengan suasana sesak keluar masuk pelajar hendak pulang membuatkan aku rimas, aku tarik ayu bersama dan kami bercakap di dalam kelas. “ kau bagi coklat kat aku nie, kau suke kat aku ea?”, dengan muka tersenyum kambing dia bertanya kepada aku. Lantas aku bangun dengan berang dan muka ku yang putih melepak bertukar menjadi merah padam. “ kau keluarkan balik ape yang kau makan, bagi aku balik semula” terus aku terjah telinga akmal dengan kata kata ku. “ lek la leeya I’m just ask a question, just kidding” sambil tangan meredekan kemarahan aku. “ kidding kau cakap, da lah penat aku tak hilang lagi, kau cakap macam ni, nak gurau pun tak kene tempat, kau tau kan aku macam mane, kalau panggil setakat nak cakap macam ni, baik tak payah, bukan kau sorang yang dapat coklat tu, semua dapat, cube la kau tanya amir, fizi dan lain lain, semua dapat, yang kau nak merapu tak tentu pasal tu kenapa?” habis sahaja aku menghabiskan ayat terakhirku dengan nada marah, lantas aku bangun dari kerusi dan meninggalkan kelas bersama ayu. Akmal terpinga pinga bagaikan baru tekena guruh dari langit. Tu la, sendiri cari pasal.
Hari selasa hari yang paling happy aku pergi sekolah disebabkan cikgu riah yang mengajar subjek Biology merupakan cikgu yang aku sayang. Badannya yang seakan-akan big mama membuatkan semua pelajar amat gerun dengan nya, malah aku sendiri pernah dirotan kerana lambat masuk kekelas, sampai terbelah dua rotan tu. Subjek pertama hari Selasa adalah subjek biology, hal semalam malas nak aku fikirkan, focus utama study. Rutin harian sebelum masuk ke kelas sebagai penolong, aku mesti mengambil buku pergerakan pelajar di pejabat. Aku sambung lagi perjalanan ke kelas ku di tingkat empat, agak mudah kerana pejabat berada betul betul di bawah kelasku, memang mudah bagiku untuk mengambil buku pergerakan tapi, apa yang kurang sedap di dengar, kelas 5B menjadi johan kelas terbising, ape taknye semua budak lelaki kelas 5A suka melepak kat kelas aku, sampai aku sering dimarahi cikgu tini, masih berdesing telinga aku bile cikgu tini cakap “ awak ingat kelas awak ni rumah tumpangan, leeya dengan amir, awak berdua sebagai ketua dan penolong jage lah anak buah awak ni.” Huh, macam halilintar suara cikgu tini. Sejak dari tu, aku agak tegas, nak harapkan amir, penat cakap,last last aku diam. Baru melangkah satu anak tangga, akmal sudah terpacak di hadapanku, terus meluat tengok mukanya, akmal seorang pelajar yang agak pandai, bertubuh tinggi dan berkulit sawo mateng. Sikapnya yang kadang-kadang seperti keanak-anakan dan pandai melawak membuatkan ramai yang terhibur, kadang-kadang sikapnya melawak tak bertempat dan berlebih-lebih membuatkan orang menyampah. Pernah dulu seorang pelajar tingkatan 4 dipermainkan oleh akmal, dengan mukanya yang boleh dikatakan hensem, ramai yang meminatinya. Kadang-kadang junior aku sering meminta aku berkirim salam kepada akmal, naik meluat pun ade, tapi ikutkan sajelah, budak perempuanyang akmal kacau itu sampai percaya yang akmal memang ikhlas nak berkapel, rupa- rupanya akmal hanya sekadar bergurau. Akmal , memang tak de langsung ciri-ciri yang aku suke, mintak-mintak dijauhkan. Sambil tertawa kecil. “weh sorry semalam”, akmal memecah kesunyian. Tanpa menghiraukannya aku terus naik masuk ke kelas. Lantas aku mencapai buku biology dan naik ke tingkat lima, atas kelasku untuk memulakan pengajian. Seperti biasa cikgu riah dengan lawak lucahnya membuatkan kami tertawa. Semasa kelasnya, janganlah ade pelajar lelaki yang pandang tempat lain, teringat ketika rizal memandang bawah ketika dia mengajar, lantas mulut becok cikgu riah berkata, “ rizal, kenapa kau pandang bawah? Burung kau terbang ke??, habis je cikgu bercakap, gamat satu kelas dengan ketawa kami. Sedang cikgu mengajar bab reproduction tiba-tiba “leeya, kau tak payah nak buat muka blur, nanti kau da kahwin tau lah,” satu kelas tertawakan aku. Cikgu sedang bercerita fasal sperma, aku blur sekejap bila cikgu bercerita fasal ejaculation, bla,and bla, tiba-tiba masuk pulak nama akmal “ kalau gen akmal dengan gen leeya bergabung anaknya panjang” gamat lagi satu kelas dengan ketawa kami, walaupun aku sekadar tersenyum. Cikgu memang banyak celoteh, agar pelajarnya tak bosan dan mengantuk, mustahil nak jumpa pelajar yang tidur di dalam kelas cikgu riah, kalau nak kena cubitan kesan berpanjangan, berani cubalah.
Hari berganti hari, sejak peristiwa hari itu, aku sering mendapat kiriman salam sayang daripada akmal melalui pelajar lelaki lain, entah pelajar lelaki daripada mana asal-usul aku tidak kenal, menyampaikan salam daripada akmal. Pada  mulanya aku rasa sangat geram tapi, lama-kelamaan aku menjadi bosan. Hari khamis kelas terakhir di pusat sumber, aku seperti biase menyiapkan nota-nota yang belum selesai, tiba-tiba akmal berada di sebelah aku, laptop di hadapannya milik cikgu hasanah digunakan untuk semakan PLKN. Masing-masing senyap walaupun aku rasa tidak selesa, tapi dengan nota yang berselerak, malas rasanya untuk berganjak. “ ape salah aku pada kau?” akmal memecah kesunyian. Aku hanya diam seribu bahasa. Tiba-tiba cikgu hasanah muncul, dia pun bertanya dapat PLKN ke x, dengan bersahaja aku menjawab tidak. “ leeya kau tak dapat PLKN, kau tak nak mohon ke?. Aku hanya diam seribu bahasa, malas hendak melayan. Cikgu yang berada berdekatan kami memandang pelik, tiba tiba “ cikgu nak tau tak, saya pun bingung ni, leeya ni suka kat saya tapi dia tak nak mengaku”. Bersahaja akmal memulakan bicaranya tanpa rasa bersalah. Aku yang duduk diam lagi tadi bagaikan terkena siraman minyak panas, lantas aku menjawab “ kau ni dah kenapa, buang tabiat, kalau kau tak kacau aku, memang x sah kan, dah la pegi la sane. Dengan nada marah, tapi masih mampu terkawal kerana depan cikgu. Lagi tadi cikgu hasanah hanya tersenyum melihat gelagat kami, akmal masih tidak berpuas hati menjawab, “ cikgu memang terbukti dia suke kat saya, sebab dia bagi coklat kat saya, tapi dia malu nak cakap,” sambil mukanya yang tersenyum dan suka melihat aku marah. Makin aku marah makin comel katenye. Memang tak dapat aku nafikan, bile aku marah muke aku akan cepat berubah,walaupun aku cube kawal. Aku cube pertahankan diri aku depan cikgu, muka cikgu dah macam hakim yang nak menentukan sape betul dan salah. “saya hanya bagi coklat yang semua orang dapat, bukan dia sorang yang dapat, ish!! menyesal saya bagi dia cikgu.” Dengan nada yang seakan merajuk. “leeya awak nak tau tak, tu lah kata kata manis romeo kepada Juliet” kate cikgu sambil ketawa. “ cikgu………………..” aku inginkan pembelaan cikgu,tapi, aku juga yang dikenekan. Akmal lagi tadi tersengih macam budak kecil dapat lolipop.
Hujan ribut di luar membatalkan hasrat ku untuk pulang, kegeraman ku makin bertambah bila akmal semakin menjadi-jadi mengenakan aku, tapi aku tau semua itu mainan nye saje, penyapu di sebelah hujung pusat sumber lantas aku capai dan aku angkat seperti hendak memukul orang, kami bekejaran di dalam pusat sumber, sehingga aku mengalah akhirnya, kerana tidak mampu melayan sikapnya yang kebudak-budakan itu. Hujan mula reda, akmal sudah keluar ke koridor pusat sumber yang letaknya di tingkat 4, tidak hairanlah pusat sumber sekolah kami sentiasa sunyi, ramai pelajar-pelajar malas hendak mendaki sampai ke tingkat 4. Tanpa membuang masa aku ingin mengemas segala nota dan alat tulis untuk masuk ke dalam beg, tetiba beg yang dari tadi berada di sebelahku hilang, lantas aku bangun dari kerusi mencari beg ku, mana tahu terjatuh di bawah meja, tiba tiba suara akmal masuk ke gendang telingaku, “leeya….” Sambil mengangkat beg sekolahku. Dengan perasaan berang aku menjerit, “ akmal!! Nak bergurau tengok tempat la.” Dia dengan wajah selamba membawa begku kehulur-kehilir, lantas aku mengambil kasutnya yang masih belum dia sarungkan dikakinya, aku membuat seakan-akan hendak baling ke bawah, akhirnya pertukaran antara kasut dan beg pun terjadi. Sebelum pulang sempat lagi akmal mengusikku dengan mengatakan “bye sayang”.
Sudah 2minggu sejak kejadian tu, lama-kelamaan aku telah digosipkan dengan budak yang bernama akmal walaupun dia mempunyai teman wanita di sekolah itu juga. Tambahan lagi teman wanita akmal adalah orang yang sangat aku kenali, pernah juga aku bertanya kepada mimi, teman wanita akmal, kenapa akmal suka mengacauku, lalu mimi menjawab, sebab kau blur, ringkas jawapannya tapi di sudut hati kecil, tersangatlah geram. Sampai ke pengetahuan cikgu yang mengajar di kelas kami, scandal antara aku dan akmal, mana tak nya, tengah belajar bab zina, cikgu mengingatkan semua pelajar perempuan, supaya menjaga kehormatan diri, tapi dengan tidak semena semena akmal mengingatkan aku “ ingat tu leeya……” satu kelas mendengar apa yang akmal perkatakan. Sampai cikgu sendiri bertanya kepadaku betul atau tidak hubungan kami berdua. Ah!!, sungguh tertekan rasanya , tapi lama-kelamaan aku diamkan saja dengan rutin hariannya yang suka mengacau.
Menghitung hari menanti saat perjuangan di medan peperangan SPM, program solat hajat perdana bersama ibu bapa sudah di jalankan pada khamis malam jumaat. Keesokan harinya, program restu ilmu bersama warga sekolah, bermulalah detik linangan air mata bersama guru-guru dan pelajar, dan hari itu jugalah aku bermaafan bersama akmal.
hari itulah berakhir segalanya, akhirnya SPM pun menjelang tiba dan berjalan dengan lancar walaupun kesulitan semasa menjawab itu normal bagi semua orang.
“tuk,tuk,tuk,” ketukan pintu rumah mengembalikan aku dalam alam yang nyata. Dengan spontan kaki ku melangkah membuka pintu, “ eh, mak lang masukklah, ibu ada kat dalam”, dengan mesra aku menyambut kedatangan makcik ku. Lantas aku memanggil ibuku dan terus ke dapur untuk menyediakan air. Entah apa yang mereka bincangkan, tidak aku campuri. Aku masuk ke bilik semula, merapikan bilik yang macam kapal karam dengan kertas daripada matrikulasi. Jam di dinding hampir mencecah pukul 3 petang, hampir terlupa menunaikan kewajipan solat dek kerana terlalu leka mengemas. Selesai kerja mengemas, kewajipan aku terus tunaikan. Hari ahadku berlalu begitu sahaja, kerana hanya hari ahad sahaja aku cuti.
Ini takdirku
Hari berganti hari, sudah mencecah pertengahan bulan 6 aku bekerja, dan kira kira hampir sebulan aku menempuh hari-hari ku dengan pelbagai gelagat manusia di kedai buku ini. Gaji pertamaku sebanyak RM 650 akan aku peroleh hari ini. Hasrat pertamaku adalah ingin belanja family ku makan di luar. Hari rabu bersamaan 13 june 2012 adalah gajiku yang pertama disini. Aku meminta boss sedikit masa, untuk mencari hadiah sebagai tanda gaji pertamaku pada orang tuaku, lagipun semalam sudah terlepas cakap kat ayah yang aku akan memberikannya hadiah, walaupun dia belum mengetahui, hari ini hari aku menerima gaji. Setelah mendapat kebenaran aku pun terus menghidupkan enjen motor, untuk mencari wallet dan tudung sebagai hadiah kepada orang tuaku. Macam biasa, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam, lantas aku mencapai mangga kedai, sebagai persiapan untuk menutup kedai, dan kak tikah pula hari ini membantu kami mengemas disebabkan boss belum pulang ke rumah. Hatiku berbunga ceria kerana gaji pertamaku akan aku raikan bersama keluarga dan yang selebihnya akan aku simpan sebagai pendahuluan untuk aku sambung pengajian. Seperti biasa akan aku susuri lorong permata sebelum sampai ke rumah, lorong yang di penuhi kelapa sawit hanya bertemankan lampu jalan, sesekali mendebarkan jiwaku. Minggu lepas aku telah bertembung dengan sekawan babi yang melintas jalan, nasib baik ketika itu ada kenderaan lain yang lalu, kurang sikit ketakutanku. Selepas melalui jalan raya yang dipenuhi kenderaan, lorong permata aku susuri dengan penuh hati-hati. Setibanya di selekoh, kira-kira 1 kilometer sampai ke rumah, aku telah melihat sebuah kereta dalam kesamaran malam, aku lajukan motorsikal yang aku tunggang, dan tiba-tiba, kenderaan yang aku pandu terasa berat, aku berhentikan motorku lalu aku lihat, kedua-dua tayar motorsikal ku kempis. Dengan bertemankan cahaya lampu yang sungguh samar aku menyorong motorsikal ku. Tiba-tiba, aku terasa badanku seperti direntap dan mukaku ditutup, penglihatanku tiba-tiba gelap dan aku terasa longlai.
“dik, bangun dik, dik, oh dik” suara yang cukup sayu masuk ke gendang telingaku, ku gagahi diriku untuk membuka mata, suluhan lampu yang begitu menyilaukan membuatkan aku semakin keliru dengan keadaan sekeliling, sangat terkejut apabila aku sedang terduduk disebelah seorang budak lelaki yang aku sendiri tidak dapat memastikan. Dengan keadaanku yang terbaring dicelah-celah pokok kelapa sawit dan didatangi pula dengan beberapa orang yang memakai songkok haji dihadapanku, membuat aku rasa kebingungan.
“dik sila bangun,” minta seorang lelaki berjanggut dan berkopiah putih. Lantas aku turutkan permintaannya. “ sila keluarkan kad pengenalan?” pinta lelaki tersebut. Segala permintaan aku turutkan ,tanpa menyoal, keadaanku yang sedang bingung ditambah kepalaku yang sedang pening membuatku diam. Sedang lelaki tersebut melihat kad pengenalanku, aku melihat seorang lelaki yang duduk bersebelahanku sedang dibangunkan oleh seorang lagi pak cik yang berkopiah putih. “ dik, adik tau tak yang adik telah membuat kesalahan besar, sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, dan adik didapati berdua-duaan di dalam kebun ini”. Dengan lancar pakcik itu berkata-kata. Aku mendengar cerita pak cik tersebut, ibarat terkena satu pukulan, lalu kakiku terus rebah ke bumi. “pak cik saya…………..” belum sampai ke noktahnya ayatku sudah dipotong. “ mana rumah adik, sila tunjukkan pak cik”. Aku yang masih terjelopok di atas tanah, seperti tidak bernyawa bila mendengar perkhabaran seperti ini, bermacam-macam yang bermain di fikiranku, adakah ini pengakhiran hidupku. Aku hanya terdiam seribubahasa, tidak mampu aku katakan walaupun sepatah, hanya linangan air mata yang menemaniku.
Tiba-tiba keadaan menjadi begitu kecoh sekali, daripada kebun itu  gelap, kini terang dengan begitu banyak lampu suluh, aku melihat sekumpulan manusia datang mengahala ketempatku, dalam kelompok manusia itu aku terlihat sepasang suami isteri menghala kepadaku. Ya Allah mungkin ini satu-satunya harapanku, mendapatkan pembelaan dari orang tuaku, lagi tadi, tiada satu perkataan yang aku jelaskan kepada mereka, aku tidak kuat, diriku terasa begitu kosong. Lagi tadi aku mendengar orang bercerita yang bukan-bukan tentang diriku, mereka mengatakan aku melakukan hubungan zina, ada yang mengatakan ibu dan ayahku tidak tahu menjaga anak. Ingin pertahankan diriku sendiri aku tidak mampu, inikan pula hendak bersuara. Bermacam-macam soalan yang diajukan kepada lelaki yang telah dikatakan melakukan hubungan haram bersamaku, bermacam-macam alasan yang lelaki itu berikan, tapi melihat keadaannya juga lemah sepertiku membuatkan dia diam. Aku rasa kami telah diperangkap oleh orang yang aku sendiri tidak kenali. Wajah lelaki itu juga, tidak jelas kelihatan.
“ibu……” jeritku dengan penuh simpati. “pang!!!” satu penampar maut yang diberikan oleh ayahku, tanpa aku menjelaskan sepatah kata pun. Aku terus terduduk kembali di atas tanah tersebut, aku melihat ibu yang ingin menghampiriku, namun dilarang keras oleh ayah. Tiba tiba aku diseret oleh ayah, dengan bertontonkan semua orang yang berada di situ termasuk semua mak cik dan pak cik ku dan saudara maraku. Tanganku direntap oleh ayah lalu dimasukkan aku ke dalam kereta.
Hanya linangan air mata mengiringiku pulang, “ aku tak pernah mengaku, aku ada anak macam kau, kau bukan keturunanku, lebih baik aku mati daripada kau malukan aku macam ni, anak macam apa kau, penat aku besarkan kau,ini yang kau balas” lantang suara keras ayah menerjah ketelingaku. Ibu di sebelah hanya mampu menagis teresak-esak. Aku pula sudah meraung bagaikan orang hilang akal, aku bersumpah di depan mereka yang aku tidak pernah membuat perkara terkutuk itu, “ ayah, leeya………” belum sempat aku habiskan ayah ku terus memotong “ apa kau nak jelaskan, lepas kau buat benda tak senonoh, ini hadiah yang kau nak bagi, sanggup aku tunggu kau dengan penuh mengharap, sampah yang kau bagi, baik kau bunuh je la aku ni. Ya Allah,hanya kepada kau aku dapat merayu, bukakanlah hati ayahku agar dia percaya kisah sebenar, tapi aku rasa itu sangat mustahil kerana semua bukti mengarah seolah-olah kami pelakunya. Aku ingat, marah ayah hanya sampai di situ, pelbagai cara aku mencari akal untuk menenangkan ayah, tapi setibanya di rumah lain pula jadinya, jam menunjukkan pukul 5 pagi, suasana di rumah begitu kecoh, perasaanku yang sedang bercampur-baur membuatkan aku turutkan langkah ayahku yang menyeret aku ke dalam rumah. Sebagai remaja yang juga punya maruah, aku merasakan maruah ku sedang dipijak-pijak dan sedang diletakkan di tempat yang paling keji, orang sekeliling sibuk membicarakan tentang diriku. Hanya kepada Allah tempat aku mengadu. Tanpa aku duga budak lelaki tadi juga dipanggil kerumahku bersama orang yang berkopiah itu tadi, rupa-rupanya mereka daripada pejabat agama johor yang sedang meronda kawasan selepas mendapat telefon bahawa terjadi kejadian seperti ini.
“bersaksikan semua, aku nak kau nikah sekarang juga dengan jantan tu”, keras suara ayah menutur kata. Seperti mahu gugur jantungku, lalu ku gagahi tubuhku memeluk kaki ayahku, “ sampai hati ayah buat leeya macam ni tanpa sepatah perkataan untuk leeya jelaskan” dalam nada yang  lemah. “ sampai hati kau cakap, kau dah lumurkan muka aku dengan tahi, kau cakap sampai hati,” herdik ayah dengan kuat dan satu lagi penampar maut ayah melekat dipipiku. Satu cairan merah keluar di hidungku. Tidak sedikit pun rasa bersalah ayah terhadapku, mungkin hatinya terlalu sakit. Orang sekeliling hanya melihat adegan aku dan ayah, ibu pula tidak terkata apa-apa, ibu selalunya mendengar penjelasanku sekiranya ada pertelingkahan, tapi kali ini ibu hanya senyap tidak terkata. Aku yang harus berdiri di kaki sendiri, aku yang harus pertahankan diriku, kerana semua orang kini tidak berpihak kepadaku. Sekarang ini aku sangat memerlukan ibu, tapi apakan daya ibu juga seakan percaya kata-kata orang daripada bercakap denganku, lantas aku bangun lalu berkata” jikalau itu yang ayah, ibu dan semua yang ada disini mahukan, menghukumku sebelum tahu perkara sebenar, akan aku bernikah sekarang ini juga, tetapi sebelum itu, bersaksikan Allah yang sedang melihat kejadian ini, hanya Dialah hakim yang tahu siapa betul dan salah, aku bersumpah demi nama ALLAH, aku tidak melakukan zina dengan lelaki tersebut, di sini juga akan aku bersumpah akan mencari pelakunya dan akan membuat dia melutut di hadapan kamu semua dan aku akan buat semua yang hadir di sini menyesal termasuk kedua orang tuaku.” dengan nada yang serak aku gagahi. Suasana hening seketika setelah selesai aku bercakap. Aku sangat terkejut, rupa-rupanya lelaki yang besamaku di dalam semak adalah akmal, pelbagai persoalan yang sedang bermain difikiranku, tapi lamunanku dihentikan bila ayah terus menyeret akmal duduk di hadapannya , dengan borang pernikahan yang sudah tersedia oleh pejabat agama islam, saat pernikahan aku pun tiba. Tubuhku sangat longlai ketika itu, aku merasakan kehidupanku bakal berakhir, dengan tiada sokongan daripada ibu bapa sendiri, dengan cemuhan daripada saudara mara sendiri, hanya petunjuk Allah aku harapkan. Akmal juga yang sedang kebingungan menanti kehadiran orang tuanya, sudah dua kali dia ditamapr oleh ayahku, ayahku ibarat singa yang sedang mengganas, di tenanagkan oleh beberapa orang di situ. Sebuah kereta waja sampai di hadapan rumahku dalam pukul 6.15 pagi, solat subuh bersama linagan air mata aku lakukan dengan perasaan yang sangat tertanggu, apa tak nya aku sebentar lagi duniaku akan berubah, statusku sudah berubah, adakah aku akan dinikah dan dicerai, dan sekelip mata menjadi janda, begitu banyak persoalan yang bermain difikiranku. Tiba-tiba teringat si akmal yang macam mana boleh muncul, sejak kali terakhir kami berjumpa semasa mengambil keputusan SPM. Setelah habis solat, pintu bilikku di ketuk, lantas satu lagi tamparan percuma oleh seorang perempuan yang boleh dikategorikan sebagai mak cik, rupa-rupanya dialah mak akmal. Macam-macam penghinaan aku terima termasuk, perempuan sundal, semuanya aku telan dengan redha, kakiku sungguh longlai, tapi aku perlu berdiri dikaki ku sendiri. Ke manakah ibu kali ini, di hati kecilku, aku sangat memerlukan ibu, tapi aku juga takut ingin bertemu dengannya, tidak pernah aku berahsia dengannya tapi di saat-saat aku sangat memerlukannya, dia menghilang jauh dari penglihatanku. Rumahku begitu sesak dengan saudara -mara, seperti kenduri. Selalunya rumahku yang sunyi sepi pagi hari kini menjadi sesak. Mungkin ini kali terakhir aku melihat rumahku sendiri, aku sudah dihalau awal-awal lagi oleh ayahku.
“sudah bersedia?” tanya salah seorang pegawai agama. Dengan muka yang merah padam, setelah ditampar berkali-kali oleh abahnya, membuatkan akmal hanya menggangguk. “ Muhammad Syafiq Akmal bin Rais, aku nikahkan dikau dengan Aleeya Maisarah binti ahmad bakri dengan mas kahwin RM 30 tunai” dengan spontan pegawai agama itu menuturkan. Dengan satu lafaz akmal membalas kini aku sah menjadi suami isteri, tiada seorang pun yang datang kepadaku, aku dengan linangan air mata tidak mampu untuk bangun, kakiku terasa begitu longlai, aku rasa seperti riwayatku sudah tamat, dalam sekelip mata statusku sudah berubah, berserta doa yang ringkas, orang pegawai agama pun pulang, orang sekeliling beransur pulang. Kini tinggal saudara mara terdekatku serta ibubapa akmal. Ayah masih lagi panas dengan marahnya, menengking  serta menyuruh aku mengemas pakaian, “ aku dah tak de tanggungjawab terhadap kau, sekarang kau boleh berambus, kau bukan lagi anak aku,” dengan pantas ayah menuturkannya, ibu bapa akmal tidak sedikit pun bertegur dengan ayah dan ibu, mereka semua meletakkan salah kepada kami tanpa menyoal disebalik cerita yang sebenar. Ya Allah jika ini takdirku aku redha, mungkin ENGKAU sedang mengujiku Ya Allah, tapi aku tidak kuat, cubaan ini terlalu berat untuk aku menanggung seorang diri, ya Allah, dosa apakah yang aku lakukan sehingga aku diuji sebegini.
Semua sudah berkumpul di anjung di hadapan rumah tanpa sedikit belas ihsan di muka mereka semua, kecuali ibu, dengan tangisannya. “ sebelum leeya pergi, mungkin ini kata-kata terakhir buat ayah dan ibu, sekiranya Allah menunjukkan leeya jalan keluar yang mengatakan leeya tidak bersalah, jangan sesekali ibu dan ayah cari leeya, jangan pada waktu itu penyesalan mula timbul. Dengan ikhlas leeya ucap, leeya sayang ibu dan ayah walaupun ini yang leeya dapat,  leeya tak pernah membenci ibu dan ayah,  leeya minta di halalkan segala makan dan minum, kasih sayang yang ibu dan ayah berikan. Leeya bangga jadi anak ibu dan ayah, leeya minta maaf sekiranya leeya tidak dapat menunaikan hasrat leeya untuk bawa ibu dan ayah pergi ke haji dan membelikan ayah sebuah kereta. Semalam leeya anak ibu dan ayah, tapi kini leeya akui,  ayah telah buang leeya jauh, jauh dari keluarga ini. Kalau ini hidup yang ayah pilihkan untuk leeya, bernikah dengan dia, leeya redha, walaupun leeya tidak tahu apa yang akan terjadi esok. Sekiranya umur leeya tak panjang,  leeya memohon ampun dan maaf dengan segala kesalahan yang leeya lakukan. Assalamualaikum semua,  jaga diri baik2, hanya itu yang mampu leeya ucapkan. Sampaikan salam terakhir leeya buat abang dan kakak. Sekarang anak ibu dan ayah hanya abang dan kakak, semoga mereka menjadi anak yang ayah dan ibu harapkan.” Sambil kakiku melangkah ingin mencium tangan ayah malah ditolak dengan keras, “ aku haramkan kau balik kesini, mulai sekarang aku tiada anak bernama aleeya maisarah”. Dengan nada yang bengis. Basah tudungku dengan air mata, saat aku ingin mencium tangan ibuku, lantas ayah menarik tangan ibu dengan keras. Hanya sempat aku bisikkan secara perlahan di hadapan ibu, “ ibu halalkan air susumu yang sedang menjadi darah dagingku, mungkin kita tidak berjumpa lagi. Dengan suaraku yang teresak- esak lantas aku menaiki kereta akmal bersama keluarganya tanpa menoleh kebelakang, saat itu aku mendengar rintihan suara ibu yang begitu kuat, tidak mampu aku lakukan apa-apa. Penderitaanku belum berakhir di situ, di dalam kereta pelbagai cemuhan yang aku terima oleh ibu dan bapa akmal. Suasana menjadi senyap seketika, tidak sedikitpun aku berbicara dengan akmal yang berada disebelahku, diriku terasa pening kerana masalah yang datang ibarat peluru berpandu bertubi- tubi masuk ke kepalaku. Setibanya di rumah akmal, beg bajunya terus dicampak oleh abangnya. Ibu bapa akmal sama-sama keras kepala, bermacam  makian akmal terima termasuk anak babi, tersentap hatiku mendengar, malas hendak aku mendengar, kepalaku yang sedang berserabut, aku hanya mengikut haluan takdir. Kami berdua di hantar ke stesen bas tanpa rasa belas kasihan, akmal yang dari lagi tadi senyap, tidak sedikit pun bersuara, inikan pula hendak mengucapkan selamat tinggal kepada orang tuanya. Kami ditinggalkan tanpa sedikit duit ditangan, aku dan akmal hanya termenung di stesen bas. Mindaku kosong, air mata yang dari lagi tadi berlinangan kering dengan sendirinya. Jam sekarang menunjukkan pukul 9 pagi, hampir setengah jam kami duduk di situ tanpa sebarang kata. Tiba tiba akmal bangun menuju ke kaunter, aku hanya mampu melihat, di genggamannya mempunyai dua tiket, lama juga dia berbincang dengan penjaga kaunter tiket. Satu jam kemudian sebuah bas sampai, akmal melihat tiket di tangannya lalu dengan lajunya dia mengangkat begnya dan beg roda yang aku bawa naik ke dalam bas. Aku hanya mengikuti jejak langkahnya. Sampai di dalam bas dia hanya memberikan aku isyarat supaya masuk ke bahagian dalam, aku hanya turutkan. Bas mula bergerak, walaupun aku masih bingung dimanakah destinasi yang akan aku pergi, dimanakah tempat yang bakal aku tujui, semuanya aku serahkan pada takdir.

“ kau amik surat nikah kau ni, aku benci tengok muka kau”, kata ayah dengan lantang. Aku hanya terdiam melihat ayahku, lalu ku pegang surat nikahku dan aku simpan ke dalam beg, semua sijil dan dokumen penting aku bawa bersama. dari tadi lagi aku hanya inginkan ibu bersuara, aku ingin ibu memanggilku, tapi  ibu hanya menangis, ingin aku memeluk ibu, tapi ayah sentiasa mengawasinya, sangat sakit hatiku bila ayah berkata, anak sial macam tu kita tak payah simpan, berlinangan air mata ibu, lantas ibu rebah ke lantai. Aku hanya mampu melihat. Tiada seorang pun yang membantuku, terasa ingin memanggil peguam, biar diurus secara adil, begitu berserabut fikiranku, sebentar lagi aku akan pergi dari rumah ini, tapi tiada sedikit belas pun daripada ayah, pak cik dan mak cikku semuanya bermuka bengis, sememangnya mereka percaya denygan kejadian ini. “ibu……….ibu…….”.  tiba tiba aku tersedar dari tidur kerana bas berhenti, rupa-rupanya aku bermimipi kejadian tadi, hampir 4 jam aku berada dalam bas, tapi belum sampai ke destinasi, hendak bertanya, tapi tidak mampu hendak berkata. Bas berhenti di kawasan rehat, aku turun dengan langakah yang lemah longlai, akmal pula sudah turun laju kehadapan, aku terus ke bilik air lalu mengambil wuduk, solat jamak yang aku lakukan penuh dengan linangan air mata sehingga orang sekeliling pelik melihatku. Ya Allah, kau bantulah langkahku, kau kuatkanlah aku, aku terasa begitu kosong, apakah yang harus aku lakukan sekarang ya Allah, dengan usia 19 tahun aku dinikahkan dengan lelaki yang pernah aku kenali, sekiranya dia jodohku Ya Allah kau berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu. Telekung yang aku pakai aku lipat kembali, lantas kakiku pergi ke arah bas, aku melihat akmal sudah duduk dan bawa bersama 4 bungkus roti, setelah aku duduk di tempatku, tanpa berbicara dia menhulurkan roti tersebut. Aku ambil lalu ku  pegang, tidak mampu mulutku ingin menjamah makanan, tidak sedikitpun aku berselera, kadang-kadang aku terfikir, lebih baik nyawaku di ambil sekarang, daripada aku terus begini. Perjalanan diteruskan,  fikiranku yang semakin kusut, aku hanya mampu diam dan diam, begitu juga akmal, dia juga pasti sedang memikirkan masalahnya. Setahu aku selepas SPM akmal menyambung pelajarannya di UITM Shah Alam, mengambil diploma elektronik,aku pun mengetahuinya disebabkan facebook. Setahu aku sekarang budak-budak universiti sedang cuti semester. Tidak pernah sekalipun kami menhubungi masing- masing selepas spm, tapi sekarang yang duduk di sebelahku adalah akmal. Perjalanan yang sangat lancar, masih belum lagi aku tahu di mana takdirku selepas ini. Kata-kata ayah masih lagi terngiang ngiang dalam kepalaku, dengan ibu yang diam, teringat aku pelukan terakhir ibu semalam sewaktu ibu ingin pergi bekerja, pelukan yang begitu erat, seolah-olah tahu yang aku akan pergi jauh dari sisi nya, hatiku terasa begitu sakit dan hancur bila ibu bapa sendiri tidak mahu mendengar penjelasan yang sebenar dari mulut anaknya sendiri. Terngiang-ngiang kata-kata terakhir ibu semasa memelukku semalam, kalau jadi pensyarah nanti jangan lupa ibu dan ayah. Setiap hari ibu akan memelukku, sebelum pergi bekerja, rupa-rupanya itu pelukan terakhir yang aku terima. Seluruh perjalananku penuh diisi dengan termenung dan sesekali air mata membasahi pipi, aku dan akmal seperti orang bisu, walaupun duduk bersebelahan.
Perhentian terakhirku di jerlun kedah, jam didinding menunjukkan pukul 9 malam. Aku turun bersama beg ku, lalu aku duduk di perhentian bas tersebut. Lantas akmal datang menghala kepadaku, dan beg di sebelahku di ambil lalu di masukkan ke dalam teksi. Kami berdua masuk ke dalam teksi tersebut. Tubuhku terasa sangat longlai, setitis air tidak ku minum sejak kejadian pahit itu, roti yang akmal belikan tidak ku jamah. Akmal yang aku kenal dulu, seperti sudah  mati, dia yang nakal dan ceria berubah dalam sekelip mata, begitu juga dengan aku, seorang yang peramah, hampir satu hari tidak bercakap. “ pak cik hantar kami kat surau berdekatan” suara akmal yang lemah memecah kesunyian. “baik encik” tanpa banyak persoalan pakcik teksi terus memulakan perjalanan.
Sampai di surau kecil di daerah jerlun, dengan harga teksi RM 10, akmal bayar dengan cepat. Tanpa banyak soalan, aku hanya mengikuti langkahnya. Tiba-tiba dia datang kepadaku “ malam ni tidur kat sini” dengan wajah bersahaja dan suara yang sangat sayu. Aku hanya menggangguk dan terus masuk ke bahagian solat wanita. Selesai aku menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak, aku terus terduduk di tepi dinding memikirkan nasibku. Semalam aku di johor bahru dan hari ini aku di kedah, lusa tulat, biar Allah sahaja yang tentukan. Kekecohan di tempat tinggalku pasti belum berakhir, biasalah mulut orang yang tak boleh ditutup, lainlah kalau mulut tempayan. Roti dan air mineral ditangan masih ku pegang, ingin menelan tidak berselera, jiwaku kosong.suasana surau kian sunyi, hanya bertemankan satu lampu aku duduk di dalam surau bersama akmal. Hanya kain tirai pemisah antara saf  lelaki dan perempuan. Entah di mana kedudukan akmal tidak aku ketahui, entah-entah esok dia meninggalkanku, atau apa yang berlaku, hanya tuhan yang tahu. Malam pertamaku setelah sah menjadi isteri akmal, di tempat begitu suci disurau, walaupun hati kami yang sangat remuk diperlakukan seperti ini tanpa disoal siasat. Beribu kali aku pejamkan mataku, namun masih jua berdegil, masih terimbau kenangan bersama kelurga di johor.
“Allahuakbar, Allahuakbar”, laungan azan subuh menyedarkan aku dari tidur, entah berapa minit sahaja yang aku terlelap, tiba-tiba sudah pagi. Setelah selesai solat subuh, aku masih bertelekung lalu cuba melelapkan mata, walaupun masih dengar keadaan sekeliling yang riuh dengan kenderaan orang ingin bekerja. Teringat pula tempat kerjaku, sepatutnya hari ini aku ditugaskan untuk mengira stok baru, tapi semuanya aku tinggalkan dalam sekelip mata. Sampai bila harus aku tinggal di surau, nanti apa masyarakat akan fikirkan, dengan usia yang muda pasti mereka berfikir aku lari dari rumah. Jam di tangan menunjukkan pukul 7 pagi, aku masih belum berganjak dari tempatku dengan telekung dibadan, badanku seperti mahu tumbang, kini mataku terasa berat, badanku terasa panas, seperti mahu dijangkiti demam. Aku hanya pejamkan mataku dengan fikiran yang kosong.
“nak,nak,bangun………kenapa tidur di sini?” sura lembut seorang mak cik lantas menyedarkan aku dari lelapku. “ mak cik kat sini ada rumah sewa berdekatan?” sepontan suaraku yang seakan akan tenggelam timbul bertanya kepada makcik tersebut. “ kebetulan, memang makcik ade rumah sewa kat sebelah rumah mak cik je, orang yang duduk situ baru berpindah sebulan lalu”. Panjang lebar mak cik menghuraikannya. Aku terus bersyukur ke hadrat ilahi kerana dipermudahkan urusanku. “ sebulan makcik ambil berapa’? tanyaku lagi. “ RM 350, 2 bilik je, dulu rumah makcik juga tapi lepas semua anak mak cik dah ada rumah sendiri makcik sekat tengah jadikan rumah sewa”.  Panjang lebar mak cik tu menghurai, walaupun baru bertemu, mulutnya sungguh peramah membuat aku tersenyum. Sambil aku mengemas telekung ku dan mengangkat beg pakaianku, aku mengatakan yang aku ingin menyewa rumahnya. Semasa aku keluar aku melihat akmal bersama seorang pakcik berkopiah,tiba- tiba “ abang, ni ada orang nak menyewa, jerit mak cik yang aku belum ketahui namanya. Sambil berjalan menghala kearah pak cik tersebut, sempat makcik tu menyuruh aku memangilnya dengan panggilan mak leha. “ leha , anak muda sebelah saya ni pun cari rumah sewa, “ jawab pak cik yang berkopiah tadi. Tiba-tiba akmal bersuara “ sebenarnya dia isteri saya, kami tengah mencari rumah sewa” jawab akmal bersahaja. Aku hanya diam seribu bahasa. “ la dah kahwin rupanya, siapa nama?” dengan tersenyum mak cik tu bertanya selepas mengetahui kami dah berkahwin. Dengan memandang wajah akmal aku menyebut namaku balkis, aku tidak ingin nama leeya yang telah menjatuhkan maruahku. “anak muda yang ini namanya siapa,?” laju sahaja mulut mak leha berceloteh, imam mail yang lagi tadi berdiri sebelah mak leha hanya menggeleng kepala melihat isterinya. “ saya aiman”. Jawab akmal bersahaja. Aku tidak terkejut dengan jawapannya,mungkin dia mempunyai pandangan yang sama. Melihat muka kami berdua yang lemah tidak bermaya, mak leha tidak meneruskan perbualannya.  Aku dan akmal di ajak naik ke keretanya, tidak sampai 5 minit aku sudah sampai di perkarangan rumah mak leha. Taman melati, mungkin inilah permulaan hidupku disini. Betul kata mak leha rumahnya sangat besar, patutlah separuh dijadikan rumah sewa. Kami berdua keluar dari kereta, mak leha terus mengajak masuk ke rumah sewanya, walaupun kakiku sekarang terasa berat, aku cuba gagahi langkahku, kami bersetuju untuk mengambil rumah sewa mak leha setelah kami lihat semua dalam keadaan baik. Mak leha meminta bayaran pendahuluan RM 175, telah aku hulur menggunakan duit gajiku yang pertama. Aku melihat akmal seperti sudah kehabisan duit. Rumah yang baru aku masuk bersama akmal begitu kosong, sama seperti kosongnya mindaku. Aku harus hadapi kenyataan yang aku harus hidup bersama lelaki yang bernama akmal, walaupun aku tahu aku bukan pilihannya dan dia bukan pilihanku tapi dia jodohku.
Bisu.
Selepas kepulangan mak leha dan imam mail, akmal lantas masuk ke bilik belakang dan aku masuk ke bilik depan. Hanya bebekal beg baju, aku dan akmal masuk ke rumah sewa yang kosong ini. Masing masing masih belum di beri kekuatan untuk bercakap. Dahiku semakin panas, rasa kerinduan terhadap ibu semakin membuak, air mataku jatuh berlinangan, aku rebahkan diriku di atas lantai mozek berbantalkan kain telekung, dan aku terlelap
“assalamualaikum……..”, suara mak leha tembus ke ruang bilikku, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, agak lama aku tertidur, dek kerana terlampau penat, aku terus membuka pintu untuk mak leha, mak leha dengan membawa makanan terus datang kepadaku. Mukaku yang pucat lesu, dek kerana tiada tenaga campur pula dengan demam membuatkan aku rasa hendak tumbang. Mak leha masuk ke rumahku yang kosong lalu meletakkan makanan di dapur. Mak leha seperti faham , aku sedang berada dalam kesulitan, dia cuba bertanya kepadaku, tapi aku hanya tersenyum hambar. Aku harap dia mengerti. Mak leha merasa dahiku yang panas, lalu dia menyuruh aku makan makanan yang di bawanya tadi dan makan ubat. Mak leha pulang semula ke rumah lalu membawa sepapan panadol kepadaku. Untuk menyedapkan hati mak leha aku hanya menjamah dua suap nasi bersama ikan masak kicap, kalau nak didikutkan hati, tidak tertelan nasi itu, tapi dek kerana menjaga hati orang tua, aku turutkan. Akmal yang baru sahaja keluar bilik dipanggil oleh mak leha untuk makan, akmal sepertiku juga, hanya menjamah sedikit makanan sebagai mengambil hati, lalu dia beredar mengambil air sembahyang. Lagi tadi, aku tidak bercakap dengannya, masing masing buat hal sendiri. Sungguh terharu aku melihat mak leha yang sanggup pulang semula ke rumah mengambil toto dan bantal kepada kami untuk alas tidur, entah apa di fikiran mak leha terhadap kami, dari raut wajahnya aku tahu yang mak leha mengerti aku dan akmal sedang mengalami kesulitan
Sudah 3 hari mak leha menghantar makanan kepadaku dan akmal, kami seperti mayat hidup yang tidak punya harapan, sampai ke hari ini aku tidak bersuara sedikit pun kepada akmal, segala urusan makan minum mak leha yang tolong, kadang kadang aku terasa malu,tapi aku bingung harus dimulakan dari mana. Pakaian kami berdua pun tidak terurus, bahkan bila masuk waktu solat, mak leha selalu meningatkan kepada kami.
“assalammualaikum, balkis,” suara mak leha, pastinya mahu menghantar makan tengahari. Aku membuka pintu lalu aku melihat imam mail datang bersamanya, aku jemput masuk suami isteri yang telah banyak membantu kami. Imam mail terus menuju ke bilik akmal, lantas di panggil akmal bersamanya. Aku dan akmal duduk bersebelahan,walaupun jaraknya masih terlalu luas. “ pak mail tak tahu apa masalah yang kamu hadapi, tapi walaubagaimanapun hidup ni harus diteruskan, kita sebagai hamba Allah tidak boleh terus menghukum diri, sekiranya ada sejarah hitam yang pernah berlaku antara kalian, jadikanlah dia sebagai cabaran untuk kamu perbaiki di masa hadapan, jangan kamu hukum badan yang diberikan Allah dengan tak mahu makan, mengurus diri dan segalanya. Seberat mana masalah kamu, kamu harus tempuhi bersama”, panjang lebar pak mail menghurai. Aku dan akmal hanya menunduk, “umur 19 tahun, belum mengenal erti hidup, belum terfikir untuk berkahwin, masih leka dengan kawan kawan kuliah, tapi  dalam sekelip mata kami disatukan dalam pernikahan yang sangat hina tanpa usul periksa’’, luah akmal bersama linangan air matanya. Hatiku juga cukup sayu mendengar, lantas aku bersuara “  di maki, di halau, di caci di depan khalayak awam, tanpa sedikit pun rasa simpati, malah di tampar dan diperlakukan seperti binatang yang tidak mempunyai maruah………….” Terus teresak esak aku menangis. Mak leha yang memandang dari tadi terus mengalirkan air mata. “ anak anak, Allah tak akan bagi ujian ini kepada kamu sekiranya kamu tidak mampu”, lembut suara pak mail seakan akan memujuk kami. “ kami yang rasa pak mail, sakit sangat bila di herdik ibu sendiri,” akmal menyambung perbualan. “ cuba kamu ceritakan dekat pak mail, mana tahu pak mail boleh tolong”. Kami berdua hanya diam seribu bahasa. Melihat keadaan itu makleha mengajak pak mail beredar, tapi belum sempat beredar akmal menjawab “ nanti kalau saya dah bersedia saya ceritakan kat pak mail, kat sini pak mail sorang orang pertama saya kenal, lagi sekali terima kasih atas nasihat dan menjaga makan minum kami.” Jawab akmal ringkas. Selepas pak mail dan mak leha beredar, akmal menuju kebiliknya. Belum sempat dia masuk aku panggil namanya yang baru, “ aiman…..”, dengan nada yang lembut. Lantas dia menoleh lalu memandangku. “ nak cakap sikit” sambil mengarah ke ruang tamu. Akmal memulakan langkah tanpa bicara, masing masing duduk bersila di ruang tamu. “saya buntu, tiba tiba di satukan dengan awak, setahu saya saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa, musuh juga saya tiada”, nada bersahaja aku tuturkan. Namun aiman masih lagi berdiam. “ saya tahu, saya bukan pilihan awak, awak sudah ada pilihan sendiri, sebab tu saya nak tanya awak, munkin awak tahu siapa pelakunya”, tanyaku ringkas. “ kalau aku tahu pelakunya, sekarang ni jugak aku bunuh”, pantas jawapan aiman. “aiman, sekarang kita kat negeri orang, kita tak tahu apa akan terjadi esok, jadi tu sekarang saya minta, kita berfikiran positif, lagi satu walau tak suka macam manapun awak tetap suami saya, dan saya minta tolong, jangan jadikan saya janda sekelip mata, tunggulah masa yang sesuai, kalau awak benci sangat kat saya, berilah saya tempoh 3 minggu, untuk mengubat sedikit hati yang telah remuk, lepas tu kalau awak nak lepaskan saya silakan.” Sayu aku menuturkannya. “kita mesti cari pelakunya sampai ke lubang cacing, sekarang ni aku tak kisah kau isteri aku, tapi kau mesti tolong aku setle masalah ni”, bersemanagat aiman menuturkannya. “dan lagi satu, panggil aku aiman, dan aku juga akan panggil kau balkis, aku benci nama aku yang dulu”. Melihat aiman begitu bersemangat, aku terus bersemangat,segala katanya aku iyakan. Di sebabkan dia beraku kau, aku pun mulakan dengan aku kau juga “ duit aku sekarang ade dalam RM 500, dalam bank pula ada RM2000, duit tu yang aku nak buat sambung pengajian,tapi semuanya dah mati.” Lancar aku bertutur, “ duit aku sekarang ade lagi RM300 dalam bank tu duit PTPTN aku, sekarang ni aku tengah cuti semester kedua, dan sepatutnya minggu depan aku naik, ni duit gaji aku lah ni, mungkin aku akan telefon pihak UITM untuk tangguh pengajian”. Rancak aiman bertutur. Terasa sedih aku mendengar, tapi nanti aku bakal menghadapi nasib yang sama. “rumah ni kosong sangat, tak kan lah nak mengharap mak leha yang masak, petang nanti kita keluar, pinjam motor pak mail, aku nak keluarkan sikit duit dan beli barang”. Jawabku ringkas. “ tapi tu kan duit kau nak belajar nanti?” aiman membut muka kat aku. “ tak pe lah, aku nanti cari kerja kat sini, top up la balik, kau tak nak kerja”? soalku. “mesti lah nak,lainlah kalau kita makan kayu, tak payah kerja,” sama sama ketawa. Aku melihat sinar baru di muka aiman, disebabkan kami berdua ingin mencari pelakunya sehingga ke lubang cacing, membuatkan aku dan aiman bersemangat.
“assalamualikum”, suara aku memberi salam ke rumah mak leha, selalunya mak leha yang bagi salam ke rumah tapi kini aku dan aiman tercegat di depan pintu rumahnya. “ waalaikumsalam”, muka mak leha seakan terkejut melihat kami berdua. “ kenape ni, ada masalah ke, boleh mak leha tolong”. Cepat sahaja mulut mak leha berbicara. Mak leha terus mengajak kami masuk ke rumahnya dan kebetulan pak mail sedang menikmati minum petang. Segala masalah kami ibarat sudah lenyap di bawa badai, apabila kami di jamu dengan kuih koci buatan mak leha. “ sebenarnya kami nak pinjam pak mail motor, nak ke Bandar sekejap.” Minta aiman dengan lembut. “ tak payah bawa motor, bawa je kereta pak mail tu, da ada lesen kan”. Jawab pak mail bersemangat. Tanpa di ajak mak leha mempelawakan dirinya untuk mengikut kami keluar untuk mencari perkakas dapur. Aku sangat bersyukur mempunyai jiran semulia hati pak mail dan mak leha. Anaknya yang menetap jauh membuatkan mak leha dan suaminya tinggal berdua bersama seorang anak lelakinya yang duda.
Kedai demi kedai aku masuk bersama aiman, hanya barang keperluan yang penting dahulu kami ambil untuk berjimat. RM 700 telah aku keluarkan untuk belanja pendahuluan sebelum mencari kerja. Segala barangan dapur aku beli termasuk dapur gas untuk memasak, walaupun aiman memandangku dengan tidak yakin dengan kemampuanku memasak.
Ucapan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada mak leha dan pak mail, huluran duit yang kami beri tidak di ambil oleh mak leha, malah pinggan mangkuk yang diberi untuk menghantar makanan juga di berinya kepada kami. Walaupun mereka berdua masih belum mengerti apa yang berlaku kepada kami, dan baru 3 hari berkenalan, bagaikan kami sudah  berkenalan lama. Selepas solat isyak di dalam bilik masing masing, aku dan aiman keluar untuk menyusun perkakas dapur, antara kami masih belum rancak berbual seperti zaman sekolah dahulu. Walaupun kami saling mengenali, aku masih belum mengenal sepenuhnya hati budi aiman, malahan ibubapanya bekerja di mana dan adik beradiknya pun aku tidak tahu, sama sepertinya yang belum mengenali diriku.
“sekejap lagi lori tilam sampai”, kataku sekadar memulakan perbicaraan sambil menyusun kuali dan periuk yang baru di beli tadi. Beras, bawang dan ikan bilis telah aku letakkan di dalam bekas selepas solat magrib tadi. “ esok aku nak cari kerja, kesian duit kau habis beli barang barang”. Kata aiman dengan nada yang biasa. “ tak pe lah sama sama susah, aku pun nak cari kerja jugak, kalau tak macam mana kita nak mula menyiasat”, kata ku sambil membuat gaya seperti seorang penyiasat, segala noda hitam yang kami alami ibarat lupa seketika, sebab kami berdua sudah berjanji petang tadi, untuk berjuang habis habisan untuk membuktikan perkara yang sebenar.
Laungan azan subuh dari surau arrazi terdengar sayup di bilikku, tilam yang empuk baru di beli semalam melemahkan aku untuk bangun, bunyi air di bilik air kedengaran, sudah pasti aiman yang menggunakannya. Tidak lama kemudian aku bangkit lalu mencapai tudungku menuju ke bilik air. Walaupun aku dan aiman sudah bergelar suami isteri, kami tidak rasau sama sekali, kami rasa seperti kawan sekolah semasa di tingkatan 5B. Aiman tidak pernah bertanya soalku bertudung dirumah dengannya. Selesai  solat subuh, aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pertamaku, semalam sebelum tidur aku sudah masak nasi, dan ingin aku goreng pada pagi ni. Tepat pukul 7, nasi goreng kampong buatanku siap di masak, aiman masih lagi tidak kelihatan, tetapi masih terdengar seperti orang mencari barang di biliknya. Lantas aku membuka langkah dan mengetuk pintunya “ aiman, jom ma……..”, belum sempat ayat terakhir ku ,aiman sudah membuka pintu. Rupa rupanya dia sedang mengemas kini sijilnya untuk mencari kerja hari ini. Sungguh berselera aiman makan nasi goreng butanku, sampai dua kali tambah. Selepas makan aiman keluar, di pintu pagar ternamapak abang jimmy, anak mak leha yang duda hendak memulakan tugas hariannya sebagai posmen, “ nak pergi mana pagi pagi ni man?” tanya abang jimmy kepada aiman. “ cari kerja bang”. Jawabnya ringkas. “ kau nak kerja kat pejabat abang tak, masukkan data  kat komputer dari pukul 9 sampai 4 petang, tapi gaji tak besar dalam RM850, kalau nak jom ikut abang, nanti abang rekmenkan kat bos abang. Mendengar berita itu ibarat durian runtuh, rezki yang kami dapat datang dengan cepat. Tanpa berfikir panjang aiman terus bersetuju.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aiman tidak menelefonku,ini bermakana dia sudah bekerja di sana, nombor telefonku yang aku guna sekarang hanya aiman dan aku sahaja yang tahu,begitu juga dengannya, kami ingin lupakan segala peristiwa pahit di johor. Sim card telefon lamaku telah aku buang jauh.motor pak mail telah aku sewa, walaupun dia menolak duit pemberianku, aku mencari kedai kedai yang ada kerja kosong, dengan sepantas kilat mataku terpandang kedai buku baru di buka dan inginkan pekerja, lantas aku mohon kepada pekerja tersebut, lalu aku di ambil bekerja. Esok aku sudah mula bekerja dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang dengan gaji RM600 sebulan. Rezki aku dan aiman datang dengan cepat walaupun kepayahan yang kami alami sangat besar, semalam sahaja duitku telah habis RM 700. Hanya membeli barang keperluan sudah habis begitu banyak, rasa sangat tersiksa mengeluarkan duit yang begitu banyak dan menghabiskan dalam masa satu hari, teringat pula keringat kedua orang tuaku yang mencari nafkah dari aku kecil sampai besar, tanpa perasaan mengeluh, membuat hatiku sayu. 
Seminggu sudah berlalu, keadaaku dan aiman semakin kembali ceria walaupun masih kelihatan diraut wajah kami menyimpan masalah yang begitu besar. Solat hajat dan tahajud tak pernah tinggal, hampir setiap malam kami lakukan, setelah segala cerita sampai ke pengetahuan pak mail, bermacam macam ikhtiar dia berikan seperti solat sunat sentiasa lakukan. Di samping itu dia akan turut bantu dengan doa, kerana permasalahan kami ini sangat berat. Kami hanya meminta mak leha dan pak mail merahsiakan cerita disebalik rumahtangga kami, dan jika ada yang bertanya katakana sahaja kami berkahwin muda. Mendengar pengakuan aiman, dia sendiri bingung diperlakukan sebegitu, sedangkan dia juga tiada musuh. Duduk di taman di kampong sangat berbeza, gossip di taman lebih cepat tersebar berbanding di kampong, kelihatan makcik makcik selalu berkumpul petang petang untuk bergosip, dan kadang kadang sampai ke magrib. Sebagai orang baru aku dan aiman sering di ajukan bermacam macam soalan, tetapi alhamdulilah tiada tanggapan buruk orang taman ini setelah mak leha berbicara dengan mereka, malah aku dan orang orang taman semakin akrab berbual jika bertemu. Aiman yang kini melakukan 2 kerja, siang sebagai kerani di pejabat pos dan malam sebagai pembantu kedai makan, membuatkan aku jarang berbual dengannya.
“balkis, oh balkis, tak buat sarapan ke?” suara akmal kedengaran jelas di telingaku. Kakiku terasa berat hendak bangun kerana datang bulan, senggugut yang aku alami tidaklah terlalu teruk, tapi melemahkan tubuhku untuk bangun. “sekejap”. Ringkas jawapanku. Aku keluar dengan muka yang pucat sambil mencapai tudungku,  di luar aku melihat aiman sedang menikmati cuti ahadnya bersama laptop kesayanganku. Almaklumlah laptop kepunyaannya juga di rampas oleh abangnya sendiri. Aku berjalan dengan perlahan di sebabkan kesakitan di bahagian bawah perut, membuat pergerakanku bekerja lambat.
“kenapa ni?” akmal bersuara tiba tiba. “ ha, tak de pape”. Jawabku selamba, aku seperti kehilangan kata kata, perasaan malu bercampur baur, sekiranya sampai ke pengetahuan aiman, mukaku yang putih terus merah bila aiman memandangku dengan pandangan yang pelik. Dengan abangku sendiri, sekalipun aku tidak pernah bercerita soal wanita, inikan pula nak bercakap dengan aiman. “ datang bulan ea?” aiman meneka sambil tersengih mulutnya. Aku hanya diam seribu bahasa, malu hendak berkata bila aiman meneka sebegitu. “ biarlah hari ni aku buat sarapan, tapi roti telur je, kau duduk kat depan. Cepat aiman mengubah topik , bila melihat perubahan mukaku. “ok, buat sedap sedap tau, sambil menunjukkan ibu jari kepadanya. Lap top kesayanganku aku buka selepas digunakan aiman, dengan broadband aiman yang disewanya membolehkan kami tahu perkembangan di johor, di samping mencari maklumat tentang penyiasatan yang kami lakukan, setakat ini tidak seorang pun yang tahu keberadaan kami, semuanya kami tahu di laman facebook, di mana kami boleh menyamar tanpa diketahui sesiapa. Hingga kini penyiasatan yang kami lakukan belum membuahkan hasil.
“jom makan, istimewa aku buat untuk kau,” pelawa aiman dengan berseri. Aku hanya mengucapkan terima kasih. Di rumah aku hanya masak simple, sebab setiap malam aiman bawa makanan daripada kedai makannya, kadang kadang pun tak habis. “ balkis, kenapa kau sentiasa bertudung kat rumah, aku kan dah sah jadi suami kau, buat ape nak malu dengan aku, dekat seminggu lebih kau bertudung, nanti kalau orang kat luar Nampak, tak ke jadi gossip”, sambil tersenyum kambing. “emm, entah la, tapi kalau kau dah suruh aku bukak, aku kene bukak la, kau kan suami aku,” sambil membuka tudungku. Mata aiman tidak berkelip memandangku, lantas aku memakai semula tudungku. “ ai, kenape pakai balik?”, tanya aiman. “ habis tu, pandang macam nak telan orang je”, jelingan aku hadiahkan pada aiman. Terbahak bahak aiman ketawa melihat gelagatku. Panggilan aiman dan balkis sudah melekat, tambahan pula orang taman dan tempat kerja sudah menggelar kami dengan nama tu.
Kerinduanku terasa begitu membuak, terasa ingin menulis surat kepada ibu,hendak menelefon, takut mereka tahu keberadaanku, dengan teknologi yang canggih, polis dapat mengesan no telefon kami, sim card aku dan aiman juga atas nama pak mail, sungguh bijak tindakan suamiku.

No comments:

Post a Comment